Didik isteri mualaf dekatkan diri dengan al-Quran, Ryzal 'DurianKimchi' dipuji warganet

Oleh: Zuzu Yasmine

Pastinya ramai yang mengenali pasangan sejoli ini, yang sentiasa bersikap spontan antara satu sama lain serta penuh dengan usik mengusik.



Pasangan dari dua negara ini sentiasa menghiburkan peminat mereka dengan pelbagai gelagat yang begitu bersahaja menerusi YouTube DurianKimchi TV.


Untuk makluman, Nik Muhammad Ryzal yang lebih mesra dikenali sebagai Ryzal merupakan anak jati Kelantan dan berkahwin dengan kekasih hatinya Maryam, seorang gadis dari negara Korea Selatan.

Hadiahkan sejadah

Menerusi akaun Instagram Durian Kimchi, Ryzal terlihat telah menghadiahkan isterinya sehelai sejadah.



Bahkan, video tersebut turut menceritakan pengalaman mereka berada dalam kuarantin dan ketika itu mereka tidak mempunyai sejadah serta terpaksa menggunakan tuala sebagai pengganti.



Suami mengadu sakit lutut

Maryam juga sempat berkata bahawa suaminya mengadu sakit lutut walaupun menggunakan lima lapisan tuala sedangkan dia hanya menggunakan sehelai tuala.

Perkongsian tersebut menarik perhatian warganet yang rata-rata terhibur dengan gelagat Maryam yang dikatakan comel dan sentiasa kelakar. Pada masa yang sama turut memuji Ryzal kerana telah mendidik Maryam untuk lebih dekat dengan al-Quran.

Terdahulu, pasangan ini melangsungkan majlis perkahwinan pada Ogos tahun lalu di Korea. Bahkan, gelagat mereka sentiasa mencuri perhatian selepas aktif di media sosial.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen