Terkandas sebab banjir, lelaki ini sempat bakar ikan jamu mangsa terkandas sama-sama

Oleh: Zuzu Yasmine

Banjir besar telah melanda beberapa kawasan di negara ini dan mengakibatkan laluan utama beberapa kawasan terpaksa ditutup malah ada juga yang terputus berikutan air banjir naik di kawasan tersebut.

Rata-rata pengguna lebuh raya tentunya tidak mempunyai persediaan awal untuk berdepan dengan bencana seperti miliki simpanan makanan atau minuman.



Namun begitu, bencana ini telah mengeratkan hubungan malah secara tidak langsung saling menghulurkan bantuan antara satu sama lain bagi mereka yang terjejas.

Bakar ikan sama-sama

Menerusi perkongsian di laman Twitter oleh seorang gadis yang dikenali sebagai imimaysrunnia, dia telah memuat naik beberapa gambar keluarga mertuanya yang membakar ikan di tepi lebuh raya berikutan hampir 24 jam terkandas.


Menurut imimaysrunnia, ketika itu keluarga mertuanya dalam perjalanan pulang dari Tasik Kenyir dan telah terkandas bersama ratusan pengguna lebih raya yang lain.



Memandangkan mereka mempunyai stok ikan, mereka telah membuat keputusan untuk membakar ikan tersebut dan menjamu mereka yang turut terkandas bersama mereka.

Terima kasih, ikan bakar sedap

Perkara yang sama dikongsikan oleh salah seorang penumpang bas yang dikatakan terperangkap dalam banjir tersebut malah turut merasainya.



Salah seorang pengguna laman Twitter juga turut mengucapkan terima kasih kepada keluarga tersebut malah turut memuji keenakan ikan bakar serta sangat berterima kasih kepada semua yang terlibat pada ketika itu.



Terharu akan kerjasama yang terjalin antara mereka, rata-rata warganet meninggalkan komen yang positif kepada keluarga berkenaan malah menyatakan bahawa ini akan menjadi kenangan bernilai buat mereka.






Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen