Betul-betul roti canai banjir, kedai dah masuk air pun peniaga masih gigih tebar roti

Oleh: Zuzu Yasmine

Selain berdepan dengan penularan wabak Covid-19, negara juga ketika ini sedang dilanda musibah banjir teruk di beberapa kawasan.

Pelbagai kisah sedih yang menyelubungi mangsa banjir pada kali ini, selain kehilangan pendapatan dan harta benda malah ada juga diantara mangsa yang kehilangan insan tersayang.

Gigih jual roti canai masa banjir

Bagaimanapun, berlainan pula dengan peniaga roti canai ini yang boleh dikatakan tidak kenal erti putus asa.



Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna laman Twitter, MighaPilijah memperlihatkan seorang lelaki sedang sibuk menabar roti canai di atas kuali berserta beberapa orang pelangan.

Difahamkan, video tersebut dirakam di sebuah kedai di Tanah Merah Kelantan yang masih beroperasi menyediakan sarapan pagi walaupun kedainya sudah dinaiki air separas betis.




Rider pun dah tunggu nak hantar

Menurut rakaman itu juga, di hadapan kedai tersebut juga kelihatan beberapa rider penghantar makanan yang sedang menunggu di luar kedai.

Perkongsian tersebut telah mengudang pelbagai reaksi dari warganet, ada yang bersimpati akan nasib peniaga malah ada juga yang membuat rakaman tersebut sebagai bahan jenaka.




 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen