Dapat kek tunang tak sama macam ditempah, gadis luah rasa kecewa ditipu 'baker'

Oleh: Zuzu Yasmine

Kek Korea sememangnya menjadi kek pilihan pada ketika ini. Terlihat comel dan tidak sarat dengan hiasan sememangnya menjadi kesukaan mereka yang bersederhana.



Boleh dikatakan hampir semua pembuat kek akan mahir membuat kek ini kerana boleh dikatakan lebih mudah dan hiasannya juga lebih ringkas.

Kek tak sama macam ditempah

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi gadis ini apabila kek Korea yang ditempahnya itu langsung tidak sama seperti yang dimahukan malah pembuat kek juga tidak mahu mengaku salah.



Menerusi Ainaa Lilyana, dia menempah kek tersebut bersempena majlis pertunangannya, namun tidak menyangka apabila kek yang menjadi penyeri pada majlis tersebut musnah apabila kek tersebut bukan seperti dia harapkan.


Menurut gadis tersebut, dia telah menghantar contoh gambar, design, saiz dan juga warna kek kepada penjual berkenaan namun, semuanya melesat apabila penjual tersebut tidak mengikuti kehendaknya.

Tambahnya, dia juga menempah kek coklat namun yang diterima adalah kek span biasa.

Tak nak mengaku salah

Tidak berpuas hati dengan kek yang diterima, Aina bertanya kembali kepada penjual tersebut dan inginkan penjelasan. Walau bagaimanapun, pejual tersebut tidak mengaku salah malah menyatakan telah menuruti segala kemahuan pelanggannya.

Suruh refund kek semula

Aina turut menjelaskan bahawa dirinya bukan mahu pulangan wang namun lebih inginkan penjelasan daripada penjual tersebut, malah dia juga menyatakan tidak mahu menutup periuk nasi orang namun tidak mahu orang lain turut menjadi mangsa.



Ada yang kena lebih mahal

Berikutan perkara itu, beberapa pelanggan lain yang turut terkena juga tampil ke hadapan berkongsi nasib yang sama.

Dah minta maaf

Difahamkan penjual tersebut juga turut meminta maaf atas kesilapan yang dilakukan malah berharap perkara ini tidak lagi berpanjangan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen