Gara-gara RM1,100 warga emas dibunuh sebelum disumbat dalam but kereta

Oleh: Zuzu Yasmine

Kehilangan seorang warga emas akhirnya terjawab apabila mayat lelaki tersebut ditemui dalam sebuah but kereta di Jalan Wawasan 5/2, Taman Wawasan Puchong malam tadi.





Menerusi laporan Harian Metro, mangsa berusia 70 tahun itu dilaporkan hilang selepas keluar menaiki kereta milik pelanggannya di sebuah pusat servis kenderaan di Kampung Kayu Ara, Damansara di Petaling Jaya.

Guna kad kredit mangsa

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pihaknya menerima laporan dibuat anak mangsa berusia 44 tahun selepas mendapati ayahnya masih tidak pulang ke rumah pada 9 malam.

"Pengadu dimaklumkan oleh adiknya yang menerima mesej daripada sebuah bank memaklumkan terdapat dua transaksi pada kad kredit milik bapanya.

"Susulan itu, pihaknya menahan seorang ahli perniagaan berusia 40 tahun di Kuala Klawang, Negeri Sembilan pada Sabtu lalu selepas siasatan mendapati suspek menggunakan kad kredit milik mangsa di sebuah pasar raya di daerah berkenaan.

"Hasil soal siasat dilakukan terhadap suspek mendedahkan lokasi mayat mangsa yang dipercayai dibunuh beberapa hari lalu dalam but kereta Volvo berwarna hijau milik pelanggan mangsa di Taman Wawasan, malam tadi," katanya.

Berlaku pertengkaran

Hasil siasatan awal mendapati uspek adalah seorang pemilik bengkel dan ada menjalankan urusan jual beli tayar kereta dengan mangsa yang dianggarkan berjumlah RM1,100.

"Kami percaya perselisihan faham berkaitan urusan itu menjadi motif dalam kejadian ini. Siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengenal pasti bagaimana mangsa dibunuh.

"Mayat warga emas itu dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk proses bedah siasat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," ujarnya.

Berikutan mayat lelaki berkenaan sudah berbau, pihak polis terpaksa mendapatkan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi mengumpil but belakang kereta.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen