Tak pernah 'contac rapat' dengan pesakit Covid, tiba-tiba Shima Anuar positif Covid-19

Jangkitan Covid-19 tidak mengenal sesiapa dan boleh menjangkiti sesiapa sahaja jika dia merupakan 'contac' rapat pesakit Covid-19.

Disahkan Positif Covid-19

Walau bagaimanapun, ia berbeza sekali dengan selebriti Noor Hashimah Anuar atau lebih dikenali dengan panggilan Shima Anuar telah berkongsi posting di Instagram beliau berkenaan dengan hasil pemeriksaan saringan yang dibuat oleh beliau di sebuah pusat perubatan di ibu kota baru-baru ini.

 

Menurut Shima, dia tidak mempunyai kontak rapat dengan mana-mana pesakit Covid-19 namun pada Jumaat lepas secara tiba-tiba kepalanya sakit selain mengalami kesukaran untuk bernafas.

Pada 9 Januari 2021 (sabtu), beliau menjalani saringan  dan keesokan harinya iaitu pada 10 Januari 2021(Ahad) hasil saringan mendapati bahawa beliau positif manakala suaminya pula negatif.

"Tak tahu nak jelaskan perasaan ni macam mana. Dalam kepala fikir anak je sekarang ni. Diaorang semua dah pergi ujian pagi tadi. Semoga semua semua anak saya selamat dari Covid. Doakan kami," luah pelakon dan ibu kepada dua orang cahaya mata itu. 

Setakat posting yang dimuat naik, pelakon berusia 30 tahun itu sedang menunggu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menghubungi dirinya selain melakukan kuarantin diri dalam bilik di rumahnya sahaja.

Shima Anuar merupakan seorang pelakon dan telah berjinak-jinak dalam perniagaan sejak tahun 2020 yang lalu dengan menjual laksam yang kini menjadi kegemaran ramai.Didoakan semoga Shima Anuar cepat sembuh dan dapat kembali beraksi di dapur.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen