"Bukan rampasan kuasa tentera & perintah berkurung tidak dilaksanakan." - Perdana Menteri

Oleh: Zuzu Yasmine

Susulan pengisytiharan darurat sehingga Ogos ini oleh Yang di-Pertua Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah bagi membendung wabak Covid-19 yang menular di Malaysia.

Bagaimanapun, pengisytiharan darurat tersebut bukannya satu bentuk rampasan kuasa tentera dan perintah berkurung seperti yang dibimbangkan oleh orang ramai.

Menurut Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, pengisytiharan darurat sehingga Ogos ini bukan bentuk rampasan kuasa tentera dan perintah berkurung juga tidak akan dilaksanakan.

Katanya, kerajaan awam sebaliknya akan terus berfungsi seperti sedia ada dan tidak akan terganggu.



Jelasnya, darurat yang diperkenankan oleh agong berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan selepas diperdengarkan cadangan daripada Kabinet, semalam.

"Sepanjang tempoh ini, pilihan raya umum (PRU) mahupun pilihan raya kecil tidak akan diadakan. Parlimen dan Sidang Undangan Negeri juga ditangguhkan," katanya.

Tambahnya, kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Bebas yang akan dianggotai Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang serta pakar kesihatan yang akan berbincang dan mengesyorkan kepada Seri Paduka Baginda sekiranya darurat dapat ditamatkan lebih awal.

Semalam, Muhyiddin mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ke atas enam negeri selama 14 hari bermula tengah malam ini sehingga 26 Januari, manakala enam negeri lagi dikenakan PKP Bersyarat dan dua negeri PKP Pemulihan.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen