Mak di ICU, budak lelaki terlihat kosong terima berita pemergian bapa ketika dikuarantin

Oleh: Zuzu Yasmine

Ketika berdepan dengan wabak Covid-19 ini, paling menakutkan tentunya kehilangan orang yang tersayang. Lebih-lebih lagi tidak dapat bertemu buat kali terakhirnya tentunya perkara yang sangat menakutkan.

Itulah yang terjadi pada kanak-kanak lelaki ini apabila menerima perkhabaran bahawa bapanya telah dijemput Ilahi akibat jangkitan wabak tersebut.



Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna Twitter @KhairulFBI telah memaparkan akan seorang kanak-kanak lelaki sedang menjalani kuarantin di pusat kuarantin Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.



Menurut pemuda berkenaan, kanak-kanak lelaki tersebut telah kehilangan bapanya akibat virus Covid-19.


Berdasarkan rakaman itu juga, terlihat beberapa individu berganding bahu membuat sumbangan kilat untuk kanak-kanak tersebut agar dapat meringankan bebannya.

“Jadi kami ambil keputusan untuk buat sumbangan kilat buat adik ni. Alhamdulillah, dia terima sumbangan daripada geng Covid-19 MAEPS Serdang,” tulisnya dalam video tersebut.

Dikesempatan itu juga, ‘geng kuarantin’ turut melakukan sesi bacaan Yassin beramai-ramai buat Allahyarham bapa kanak-kanak tersebut.

Difahamkan ibunya juga sedang menerima rawatan di UCU susulan menghidap wabak yang sama, manakala kakaknya pula di dewan sebelah yang turut dikuarantin.

Tak terbayang perasaan sebenar adik ini, walaupun kesedihan tidak ditunjukkan diharap adik ini mampu hadapi dugaan yang dihadapi. Moga adik ini kuat.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen