"Kalau ada yang tak selesa Pakcik Kasim akan pergi..." - 3 tahun hidup merempat kini hilang punca pendapatan

Oleh: Zuzu Yasmine

Ketika wabak Covid-19 melanda negara ini, ramai yang terkesan akan penularan wabak tersebut yang entah bila akan hilang di muka bumi ini.

Ramai yang sedang bergelut untuk mencari rezeki demi terus selesa dalam meneruskan kehidupan bersama keluarga tersayang.

Menerusi perkongsian di Instagram Hazeman Huzir, dia telah memuat naik satu video akan kisah seorang warga emas yang tinggal di masjid selama hampir tiga tahun.



Menurut Haze, sebelum ini pakcik ini berniaga dadih, namun terpaksa berhenti berniaga berikutan PKP di negara ini.

“Saya biarkan video ini berbicara. Bersyukurlah dangan sekecil-kecil rezeki walaupun terperuk sorok dalam PKP, masih ada tempat tingga,” kongsinya di Instagram.

Tiada tempat tinggal dan punca pendapatan

Mengimbau kembali pertemuannya dengan warga emas berkenaan, Haze menyatakan beberapa jam sebelum PKP dilaksanakan, dia mendapat panggilan memaklumkan seorang warga emas yang dikenali sebagai Pakcik Kasim kini hilang tempat tinggal dan tiada punca pendapatan.

“Masa tu saya bersama team lain ada di Ampang untuk bantu sebuah keluarga Asnaf di sana. Tiba-tiba dapat maklumat mengenai Pakcik Kasim yang tiga tahun tiada tempat tingga dan menumpang di masjid.

“Kami terus gerak ke sebuah surau di Shah Alam untuk berjumpa dan bantu pakcik ini,” ujarnya.

Kalau orang tak selesa dia pindah

Haze berkata, ketika sampai di surau tersebut dia melihat warga emas itu sedang tidur di atas kerusi plastik dan dia juga memaklumkan bahawa mengalami masalah sakit lutut dan kaki bengkak.

“Memang tak sampai hati tengok dia, sebak sangat. Dah lama dia tidur di masjid dan sebelum ini cari rezeki pun tumpang kedai kawan untuk buat dadih sebelum pergi jual.

“Di Shah Alam, ramai yang kenal dia. Kadang-kadang dia di masjid dan kalau rasa ada orang tak selesa dengan kehadiran dia, dia akan pindah ke masjid atau surau yang lain,” kongsinya.

Cuba dapatkan bantuan berpanjangan

Pemuda berusia 33 tahun itu juga menyatakan bahawa Pakcik Kasim ada beritahu bahawa dirinya mendapat bantuan namun one-off.

Haze juga berpendapat bahawa bantuan seperti itu kurang berkesan untuk jangka masa panjang, malah menyarankan untuk mencari tempat tinggal yang selesa.

“Manusia ini perlukan tiga benda asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Pakcik Kasim pun boleh masak jadi apa kata kita bantu dari segi tempat tinggal, mana tahu dia boleh bangun semula menyara hidup sendiri selepas ini,” jelasnya.

Haze juga bersama-sama Hijrah Prihatin dan Kita Fund sedang berusaha mencari dana untuk membantu Pakcik Kasim untuk hidup lebih selesa.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen