"Orang perempuan kena selalu sabar, jangan cabar ego lelaki..." - Ibu Neelofa

Oleh: Zuzu Yasmine

Sentiasa penuh dengan kontroversi, pastinya ramai yang begitu mengenali keluarga ini, malah keluarga ini juga dianggap sebagai ‘Kardashian Kelantan’ oleh warganet.



Buat pengikut saluran YouTube Rosix dan Bella, tentunya ternanti-nanti akan gelagat mereka ini yang menghiburkan.



Baru-baru ini, saluran YouTube tersebut telah berkongsi satu video sembang santai bersama yang mengundang Noor Kartini dan Ameera Khan atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan (LMK) sebagai tetamu dirancangan tersebut.

Dalam perkongsian tersebut, apa yang menarik perhatian adalah soalan yang diajukan oleh Ameera dan juga jawapan yang sangat berguna buat orang lain.

Sembang manjah

Meneusi video tersebut, Ameera meminta tips serta nasihat yang berguna dari ibunya mengenai alam perkahwinan.



Menurut Rosix, untuk mengenali sikap sebenar lelaki itu adalah dengan melihatnya ketika waktu sedang marah, masa itulah sikap sebenar akan terserlah.



Bagaimanapun, sebagai orang yang penuh dengan pengalaman, Noor Kartini berpesan untuk saling mengenali pasangan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk berkahwin.

“Kita kena kenal pasangan kita. Contoh macam kita buat kek, kek itu adalah diri kita, acuan itu adalah suami kita.

“Kita kena masuk, duduk dalam acuan. Kita kena kenal dan faham siapa bakal suami kita,” jelas Kartini.

Orang lelaki ini ada ego

Tidak hanya itu sahaja, Ameera juga berkongsi pengalaman cintanya yang lalu dimana dia tidak memahami pasangannya yang dikatakan sering berubah-ubah.

“Orang lelaki ini dia tahu dia ada kuasa jadi ego dia tinggi. Kita sebagai orang perempuan, kena selalu sabar dan duduk bawah dia sebab kalau kita cabar ego dia, dia lagi memberontak jadi makin teruk.

"Tapi kalau kita faham dia, ikut dia, tahu apa yang dia suka dan tak suka, kita akan menang,” tambah ibu kepada usahawan terkenal Neelofa.

Dalam pada itu, Bella juga sempat memberi pandangan dengan menyatakan bahawa seorang perempuan perlu sentiasa sabar dengan sikap lelaki namun, tidak semua orang mampu melakukan perkara tersebut.

Nampaknya, memang betul apa yang dikatakan oleh ibu kepada Neelofa itu, orang perempuan lebih banyak besabar untuk pastikan hubungan kekal bahagia dan hubungan terus harmoni.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen