Pembaca berita kantoi teguk air ketika 'LIVE' berita

Menyampaikan berita secara LIVE secara zahirnya adalah sesuatu perkara yang sukar dilakukan. Sudah semestinya mereka akan terdedah dengan insiden-insiden kecil yang tak dapat dielakkan seperti kesilapan teknikal dan sebagainya.

Begitulah yang terjadi semalam sewaktu penyampai berita TV3 iaitu Fatin Hamimah yang terakam sedang meneguk air sewaktu sedang mengendalikan liputan secara LIVE bersama dengan seorang lagi rakannya.

Reaksi spontan penyampai berita bikin warganet berdekah

Sejurusnya mengetahui adegannya itu terakam, reaksi mukanya agak terkejut sehingga membuatkan lelaki disebelahnya juga tidak dapat menahan gelak sewaktu kejadian itu berlaku.

Kejadian itu juga sempat dirakam oleh salah seorang pengguna Twitter sehingga ia tular di media sosial. Rata-rata warganet turut terhibur dengan adegan diluar jangkaan itu walaupun perkara seperti itu bukan pertama kali berlaku.

 

'Boleh pula time tu background susu'

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen