Hilang pendapatan kerana PKP, 6 beradik nekad bantu ibu bapa

Cerita ini telah dikongsikan oleh salah seorang peniaga yang bukan sahaja terkesan dengan pelaksanaan PKP ini bahkan perniagaannya juga ternyata tidak disenangi oleh individu yang tidak berdaya saing dalam menguruskan perniagaan.

 Sumber utama terjejas

Susulan pelaksanaan PKP yang pertama tahun lalu telah menjejaskan perniagaan nasi kukus milik keluarganya yang sudah beroperasi di Uptown Shah Alam sejak tahun 2005. 

Mereka telah diarahkan untuk menghentikan operasi perniagaan di sana sepanjang tahun yang lalu menyebabkan mereka mengalami saat-saat yang sukar sehingga terpaksa korek tabung untuk meneruskan kelangsungan hidup.

"Masa awal PKP tahun lepas kami tak boleh berniaga langsung, Mama pun korek duit simpanan yang ada. Tahun lepas sangat sukar untuk kami."

-Bella-

Kehidupan perlu diteruskan

Walau apapun yang terjadi, kehidupan perlu diteruskan. Jadi, mereka adik beradik terpaksa mencari alternatif lain supaya dapat kembali berniaga seperti dahulu kerana hanya dengan cara itu perniagaan nasi kukus milik keluarganya dapat diteruskan dan menurut gadis yang lebih mesra disapa Bella itu menyatakan bahawa kini gerai nasi kukus keluarganya kembali beroperasi iaitu di Bandar Putera 2, Jalan Kebun Nenas, Shah Alam.

Berdepan dengan masalah pandemik yang masih merekodkan jumlah kes yang membimbangkan, Bella mengakui bahawa keadaan kembali sukar seperti dahulu namun tidaklah sesukar yang dialami oleh mereka sekeluarga sebelum ini sehingga terpaksa berhenti operasi sepanjang tahun berikutan pelasanaan PKP itu.

Pasti ada yang kurang senang

Asam garam orang meniaga, tak semua orang suka dengan cara kita. Bak kata pepatah rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Nasi kukus milik keluarga Bella yang mempunyai peminatnya tersendiri itu ternyata tidak disenangi oleh segelintir individu di luar sana.

"Mak sakit sejak tahun 2016. Tak boleh nak jalan sangat, mak banyak berehat je."
-Bella-

Menurut cerita Bella lagi, kini ibunya sedang terlantar sakit dek kerana perbuatan khianat orang terhadap perniagaan keluarganya. Perkara yang lebih meruntun hati adalah ayahnya yang meninggal pada tahun 2015 yang lalu juga mempunyai penyakit yang sama seperti ibunya cuma doktor hanya mengesahkan bahawa ayahnya meninggal kerana serangan jantung.

"Mak sakit, berniaga orang dengki. Boleh cakap macam terkena buatan oranglah. Arwah papa pun kena macam tu tapi meninggal kena serangan jantung."

-Bella-

'Jangan malu untuk mengaku susah'

 

Dalam pada itu, Bella turut berkongsi berkenaan perjalanan hidup mereka sekeluarga sewaktu ketika dahulu yang susah. Menurut Bella sebelum keluarganya mengambil keputusan untuk membuka gerai nasi kukus, mereka hanyalah menjual kuih-muih. Rutin hariannya setiap hari adalah bangun seawal jam 3 pagi untuk membuat kuih untuk dihantar ke kilang-kilang.

Namun, dia tidak kekok dengan kehidupannya yang penuh dengan kekurangan itu sebaliknya terus bersemangat walaupun selepas kehilangan tulang belakang dalam keluarga mereka yang bergelar 'ayah'. Sehingga hari ini dia masih berpegang teguh dengan kata-kata ayahnya sebagai motivasi diri.

"Papa kata jangan malu nak mengaku susah, malulah mengaku senang tapi sebenarnya kita susah."

-Bella-

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen