Pelaksanaan PKP 2.0 beri impak maksimum buat peniaga sekitar Georgetown

Hampir setahun usia wabak Covid-19 ini menyerang seluruh dunia sejak Mac 2020 yang lalu. Banyak sektor yang terjejas terutamanya pelancongan. 14 buah negeri yang dahulunya menjadi tumpuan pelancong kini sepi tanpa pengunjung.

Ratusan hotel yang dibina juga sepi tiada sambutan. Keadaan pula semakin tidak terkawal selepas terjadinya gelombang ketiga yang menyebabkan kerajaan bersetuju untuk melaksanakan semula PKP 2.0 .

Gelombang ketiga

Memasuki tahun 2021, keadaan Covid-19 di Malaysia semakin membimbangkan sehingga tanpa sedar ia telahpun memasuki gelombang ketiga. Pelaksanaan PKP juga telah dilaksanakan di seluruh negeri.

Keputusan itu pastinya memberi impak yang sangat hebat kepada sektor pelancongan terutamanya kerana tiada lagi aktiviti rentas negeri yang dibenarkan.

Meniaga secara norma baharu

 

Rentetan perkara tersebut, peniaga juga tidak lagi diberi peluang untuk membenarkan pelanggan makan di premis (dine in). Segala urusan jual beli haruslah dibuat secara penghantaran terus ke rumah atau membuat tempahan awal kemudian ambil di kedai (walk in) sahaja.

Namun, tak semua nasib peniaga itu sama. Menurut laporan Hmetro yang dikongsikan, peniaga-peniaga di Pulau Pinang sukar menerima keputusan itu sehingga memohon diberi kelonggaran supaya pelanggan dapat makan di premis walaupun hanya menggunakan satu meja dan dua kerusi.

"Jika kami dibenar meletakkan sebuah meja untuk dua orang pelanggan menjamu selera di sini, kami masih boleh bertahan untuk meraih rezeki."

-Peniaga-

 

Sumber pendapatan terjejas

Susulan perkara tersebut, hasil tinjauan Bernama di pusat penjaja di Georgetown mendapati hanya 6 premis sahaja yang dibuka daripada 111 premis kesemuanya.

"Musim cuti persekolahan yang panjang, perniagaan kami berjalan lancar dan mampu meraih pendapatan antara RM800 dan RM 1000 pada hujung minggu.Sekarang kami betul-betul sukar mendapat pelanggan termasuk daripada servis penghantaran makanan. Minggu lepas kami buka dari Jumaat hingga Ahad, kami tidak dapat jual satu makanan pun untuk tiga hari itu."
-Peniaga-

Rombakan SOP beri sedikit kelegaan

Kita telah digembar-gemburkan dengan perkhabaran berkenaan dengan waktu operasi premis yang hanya boleh dibuka sehingga jam 8 malam. Pelbagai kritikan dan komen yang diterima oleh kementerian berkenaan perkara tersebut kerana kesuntukan masa yang dialami oleh kedua-dua belah pihak antara penjual dan pembeli.

"Ketika kami terpaksa menutup gerai seawal 7.30 malam, kebanyakan orang baru hendak pulang ke rumah dan tidak mempunyai masa untuk memesan makanan untuk makan malam, jadi apabila operasi ini dilanjutkan, ia memberi kelegaan kepada penjaja dan pelanggan."

-Peniaga-

Walau bagaimanapun, Menteri Kanan Keselamatan telah membuat keputusan untuk merombak semula perkara tersebut dengan membenarkan pengoperasian kedai diteruskan sehingga jam 10 malam.

 

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen