Jaga Fatima selama 2 bulan, Fazura hadiahkan beg jenama buat pembantu

Oleh: Zuzu Yasmine

Pasangan pelakon FattZura selamat bergelar ibu dan bapa selepas menimang cahaya mata sulung yang yang diberi nama Nir Fatima Aisya pada 2 Oktober lalu.



Selepas tiga bulan ‘menyembunyikan’ wajah anaknya, pasangan tersebut mendedahkan kecomelan anak mereka untuk peminat pada malam tahun baharu lalu.



Terbaru, pelakon jelita Fazura berkongsi cerita akan dirinya yang terpaksa mengambil pembantu luar berikutan pembantu dan pengasuh yang diupah tidak dapat masuk ke Malaysia disebabkan Pandemik Covid-19.



Sehubungan dengan itu, wanita yang dikenali sebagai Kak Amy telah diupah untuk menjaga Fatima selama dua bulan.



Kak Amy yang turut tinggal bersama mereka turut memberi penjagaan yang baik seperti memasak dan juga mengurut pelakon tersebut.

Dalam kesempatan itu, Fazura juga turut memuji keprihatinan wanita berkenaan yang sangat menyayangi Fatima seperti anaknya sendiri.

“Bukan hanya menjaga dan sayang Fatima macam anak sendiri, Kak Amy juga tolong sediakan masakan, sedap pula tu serta urut pun best,” kongsi Fazura.

Bagi menghargai jasa baik wanita berkenaan, Fazura turut menghadiahkan beg berjenama Coach sebagai tanda penghargaan.

Terdahulu, Fazura dan Fattah Amin telah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen