'Urut kaki ibu yang penat di tempat umum', tindakan pemuda curi perhatian orang ramai

Tak semua insan di atas muka bumi ini berpeluang untuk merasai kasih sayang seorang ibu. Namun bila kita diberi kesempatan untuk merasai kasih sayang itu, ada pula yang mensia-siakannya.

Sungguh kasih ibu itu bawa ke syurga, doa mereka juga tiada keterbatasan untuk anak-anak terutamanya. Segala jasa yang mereka korbankan untuk kita sejak kecil tak terbalas rasanya.

Namun apabila mereka semakin tua dan tidak berdaya, mampukah kita membuat apa yang telah wanita yang bergelar ibu telah lakukan kepada kita? Semakin banyak karenah, semakin perlukan perhatian dan sebagainya.

Menerusi video yang dikongsikan oleh salah seorang pengguna TikTok ini pastinya membuatkan kita terfikir sebentar betapa berbaktinya dia sebagai seorang anak menjaga insan yang bergelar ibu ini.

Urut kaki ibu di khalayak ramai

Berikutan video yang sedang tular di media sosial ini adalah mengenai seorang pemuda sedang mengurut kaki seorang wanita yang sudah lewat usianya. Menurut sumber didapati bahawa wanita adalah ibunya.

Apa yang telah mencuri perhatian pengguna TikTok sejurusnya melihat video itu adalah kasih sayang pemuda itu terhadap ibunya .Dia langsung tidak menganggap itu satu perkara yang memalukan apabila ibunya minta diurutkan kakinya walaupun pada ketika itu di tempat umum.

Rakam tanpa sengaja

Namun begitu, pengguna TikTok bernama Nengrey yang telah merakam kejadian mengaku bahawa video itu dirakam tanpa sengaja dan tidak mendapat keizinan sama sekali. Menerusi video yang dikongsikan juga wanita itu memohon maaf jika sesiapa mengenali pemuda itu supaya memberitahunya.

Niatnya berkongsi video itu hanyalah untuk dijadikan tauladan buat mereka di luar sana dan rata-ratanya turut terkesan dengan tindakan yang dibuat oleh pemuda tersebut.

Semoga syurga buatmu, anak soleh

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-ratanya terharu dengan pengorbanan yang telah dilakukan oleh pemuda tersebut.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen