Janji jaga akhlak, anak pendakwah Ridhuan Tee ambil keputusan ceburi bidang hiburan

Sejak kebelakangan ini, wajah Syafi Tee sering muncul di kaca televisyen. Walaupun dia masih baru dalam industri ini namun dia tidak kekok memegang sebarang watak yang diberikan olehnya.

Siapa sangka, pelakon berusia 28 tahun yang memiliki wajah seakan campuran cina ini ternyata anak kepada seorang pendakwah bebas iaitu Dr Ridhuan Tee Abdullah.

 

Restu ayah mengiringi

Pelakon drama Kiriman Dari Tuhan itu mula menceburkan diri dalam dunia seni menerusi sebuah program Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) pada tahun 2019.

Dia mengakui bahawa pelbagai cabaran dan ujian yang dilalui apabila memasuki bidang ini namun dia sentiasa berpegang pada pesanan bapanya supaya menjaga batas.

"Papa tahu dunia penggambaran dan kerja seni. Papa juga selalu berada di depan kamera dan bekerja bersama kru."

"Papa sudah masak dengan dunia ini. Papa beri restu cuma kena menjaga nama baiknya dan keluarga."

-Syafii Tee-

Dilabel artis yang cerewet?

Walaupun dia seorang pelakon berbakat yang baru mencipta nama di dalam industri seni ini, nampaknya  dia tidak kisah jika sesetengah produksi tidak mengambilnya berlakon atas beberapa faktor yang menghalang.

Hal ini adalah kerana beberapa syarat yang telah ditetapkan olehnya dan antaranya adalah tiada adegan yang memerlukan dia perlu bersentuhan dengan pelakon perempuan yang lain.

"Saya letak piawaian sendiri iaitu tiada adegan bersentuhan. Kalau ada sekalipun, mesti berlapik. Papa selalu ingatkan perkara itu."

-Syafii Tee-

Selain itu, dia juga akan berbincang dengan pengarah supaya mencari alternatif lain jika tidak selesa dengan mana-mana babak lakonan yang diberikan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen