Norman Hakim & Abby Abadi terharu, anak sulung hulur duit hasil jadi guru mengaji

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap anak tentunya tidak akan lupa segala pengorbanan dan jasa ibu bapa mereka. Sememangnya tidak mampu dibalas semuanya namun jasa mereka tentunya akan dikenang selalu.

Bahkan sebagai anak, tentunya ada rasa tanggungjawab untuk hulurkan sedikit wang perbelanjaan buat ibu bapa mereka, walaupun sedikit tapi cukup menyentuh hati ibu bapa.



Menerusi Instagram pelakon Norman Hakim, anak sulungnya, Mohamed Danish berusia 17 tahun telah memberikan sedikit wang hasil titik peluh kepadanya sebagai duit belanja.

Menurut Norman, mulanya dia tidak sampai hati untuk menerima pemberian Danish kerana anaknya itu belum mempunyai pendapat tetap namun akur kerana tidak mahu anaknya berkecil hati dengan tindakannya.

"Saya akhirnya akur untuk terima atas kapasiti apa yang saya pernah buat dengan ibu bapa sebelum ini. Saya tak nak dia kecil hati dengan tindakan saya.

"Saya tak pernah ajar anak untuk balas apa yang diberikan. Tapi dari kecil dia nampak apa amalan yang saya selalu buat.

"Saya ikut apa yang ibu bapa saya buat pada ibu bapa mereka (datuk dan nenek) jadi perkara ini bagaikan satu tradisi," katanya.

Bakal menduduki SPM Februari depan, Norman menyatakan bahawa anaknya itu menggunakan kesempatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk mencari wang di rumah dengan mengajar mengaji secara atas talian.

"Proses pembelajaran sekarang berjalan secara online. Selain jadi 'influencer' Danish turut gunakan platform media sosialnya itu untuk membuat sesuatu.

"Sebelum ini, dia belajar al-Quran dan sudah khatam beberapa kali. Malah, Danish juga berjaya tamatkan hafazannya dalam banyak surah. Kemudian, dia tergerak hati untuk mengajar mengaji bermula pada Jun tahun lalu menerusi platform 'online'.

"Sebelum ini, dia menang suka mengikuti kelas mengaji menerusi 'online' yang sedia ada. Sambil belajar, dia juga ada keinginan mengajar," jelasnya.

Norman juga menyatakan dia tidak kisah akan berapa jumlah yang diberikan namun lebih penting adalah ingatan anaknya kepadanya.

"Pada usia 17 tahun, dia beri duit pada ibu bapa dikira dahsyat. Tak kisahlah berapa jumlahnya kerana yang penting ialah ingatannya," katanya.

Selain daripada Norman, Abby Abadi turut menerima kejutan yang sama semasa menerima wang tersebut daripada anak sulungnya itu.



Selain Danish, perkahwinan Norman dengan bekas isterinya Abby Abadi pada 2002 turut dikurniakan Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen