Hafiz Mahamad taja 100 individu jalani ujian Covid-19 secara percuma

Hafiz Mahamad merupakan seorang usahawan dan personaliti media sosial yang dikenali. Baru-baru ini dia telah disahkan positif Covid-19 selepas pulang dari Pulau Pinang atas urusan kerja.

Namun kini dia kembali bebas daripada virus tersebut dan telah membuat satu perkhabaran gembira buat mereka di luar sana yang ingin menjalani ujian calitan (swab test).

100 individu terima ujian calitan percuma

Menerusi laman Instagram milik usahawan berusia 27 tahun itu, dia terpanggil untuk membantu 100 individu yang tidak berkemampuan bagi melakukan ujian saringan Covid-19.

'Tak semua orang mampu'

Ujian saringan yang memakan kos ratusan ringgit itu pastinya memberi satu tekanan buat mereka di luar sana yang kurang berkemampuan. Namun apakan daya, kini ia merupakan antara perkara yang mesti dilakukan terutamanya bagi mereka yang bekerja.

Justeru itu, Hafiz Mahamad mengambil keputusan untuk berkongsi rezekinya dengan membantu 100 individu yang perlu menjalani ujian calitan ini secara percuma.

"Swab test harga RM200-RM300, bukan semua yang mampu dan mereka tak tahu macam mana keadaan mereka."

-Hafiz Mahamad-

Semoga murah rezeki!

Hafiz Mahamad yang sebelum ini pernah terpalit dengan beberapa kontroversi tak pernah sedikit pun melatah sebaliknya selalu menunjukkan reaksi yang positif.

Hari ini, dia bantu pula golongan yang kurang berkemampuan untuk menjalani ujian saringan. Semoga murah rezeki Hafiz sekeluarga dan bisnesnya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen