Undang rasa loya, rider kongsi kawasan rumah flat kotor dan penuh sampah sarap

Oleh: Zuzu Yasmine

Tempat kediaman biasanya adalah tempat yang paling selesa buat penghuninya. Walaupun bukan kawasan yang mewah namun jika bersih dan selesa tentunya akan memberi rasa ketenangan buat penghuninya.

Kalau kawasan kediaman kotor dan berbau busuk, bukan sahaja tidak memberi keselesaan malah boleh mendatangkan penyakit pula kepada penduduknya.



Tidak sangka tempat seperti itu wujud di Malaysia, seorang rider telah memuat naik satu video di aplikasi TikTok berkenaan kawasan rumah pangsa yang tidak menjaga tahap kebersihannya.

Memetik laporan Harian Metro, Muhammad Hibatullah Danial Zaharin menyatakan bahawa dirinya hanya sekadar berkongsi pengalaman kerja sebagai penghantar makana bukan bertujuan memalukan sesiapa.

"Bukan niat saya untuk mengaibkan penduduk di situ tetapi sekadar berkongsi pengalaman kerja sebagai penghantar makanan," katanya.

Video yang dikongsinya itu memaparkan kawasan kediaman tersebut dipenuhi sampah sarap di ruang tengahnya malah dibahagian tangga juga terlihat longgokan sampah yang membusuk.



Menurut Hibatullah, ketika itu pelanggannya berkeras tidak mahu turun maka dia terpaksa naik ke tingkat atas menggunakan tangga berikutan lift flat dekat Perai, Pulau Pinang telah rosak.


Jelasnya ini bukan kali pertama dia ke flat berkenaan berikutan tidak boleh memilih pelanggan kerana bimbang mempengaruhi penilaian prestasi.

"Tipu kalau saya katakan tidak geli tetapi sudah tugas saya sebagai penghantar makanan untuk memastikan pesanan sampai ke tangan pelanggan,” ujarnya.

Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa terkejut akan perkara itu, malah turut menyatakan rasa loya selepas melihat video tersebut.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen