Pelaksanaan 'total lockdown' beri kesan kepada ekonomi

Sejak akhir-akhir ini sebar khabar angin ada mengatakan bahawa akan pelaksanaan PKP secara keseluruhannya yang bermaksud tiada lagi aktiviti ekonomi boleh dibuat dan segala pergerakan merentas daerah serta negeri juga tidak akan dibenarkan sama sekali.

Meskipun keadaan pandemik kali ini lagi mencabar dengan peningkatan kes yang mendadak dari hari ke hari namun kerajaan turut ambil peduli kesannya kepada ekonomi negara dan juga keadaan rakyat yang dikatakan hampir sebahagian besar daripadanya telah kehilangan tempat kerja sejak pelaksanaan PKP yang pertama tahun lalu.

Risiko hilang pekerjaan lebih tinggi

Justeru itu, menurut Menteri Kanan(Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pelaksanaan tersebut juga tidak dipersetujui oleh sebilangan besar rakyat terutamanya golongan peniaga dan golongan kurang berkemampuan.

"Sebanyak 2.8 juta rakyat berisiko hilang pekerjaan, 2.5 juta pekerja terjejas pendapatan dan sukar meneruskan kelangsungan hidup."

"Kumpulan B40 akan hilang pendapatan dalam tempoh sebulan, dianggarkan RM6.45 bilion dengan purata RM2400 untuk satu keluarga."

-Dato' Seri Ismail Sabri-

Kerajaan mempertimbangkan keselamatan ekonomi dan kesihatan

Di samping itu, kenyataan ini juga turut dibuktikan oleh data yang dikeluarkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SKM).

"Menurut laporan SKM, sejak pelaksanaan PKP pada Mac hingga Oktober 2020, sebanyak 13,445 syarikat telah tutup operasi bermakna ramai yang telah kehilangan pekerjaan."
-Dato' Seri Ismail Sabri-

Berikutan terlalu banyak pendapat yang berbeza oleh rakyat yang beranggapan melanjutkan tempoh PKP adalah tindakan yang sebaiknya, namun kerajaan masih ambil peduli juga dengan keperluan ekonomi bukan sahaja kepada negara bahkan juga nasib individu yang kurang berkemampuan di luar sana.

"Sebab itulah kerajaan sebelum membuat keputusan, kita mempertimbangkan antara keperluan menjaga kesihatan dan keperluan menjaga ekonomi."

-Dato' Seri Ismail Sabri-

Keputusan sebelum 4 Februari

Tambahnya lagi, kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan(KKM), Kementerian Keangan dan Bank Negara akan mengdakan perbincangan lanjut dan sebarang keputusan akan dimaklumkan sebelum 4 Februari nanti.

Walau bagaimanapun, kini menjadi tanggungjawab kita supaya sentiasa berhati-hati dan sentiasa mengamalkan SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan bagi bersama-sama mengekang virus berjangkit ini.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen