Sejak beberapa hari lalu, pengguna perkhidmatan kurier J&T meluahkan rasa kecewa dan tidak berpuas hati dengan service yang diberikan oleh syarikat itu sejak kebelakangan ini.
Difahamkan perkara tersebut terjadi disebabkan isu dalaman di pengurusan J&T, selain menerima makluman akan barang hilang, rosak serta penghantaran tidak jelas.
Habis susu busuk
Menerima nasib yang sama, seorang pengguna media sosial meluahkan rasa kecewa apabila susu yang diorder menggunakan khidmat kurier berkenaan rosak sepenuhnya.
Video tersebut dimuat naik oleh salah seorang pengguna laman Facebook Aie Spin, yang menyatakan bahawa susu tersebut baru sahaja diterima selepas seminggu menunggu.
Bagaimanapun, susu anaknya itu tidak dapat diselamatkan malah kesemua susu yang dibeli melalui penghantaran kurier tersebut habis pecah.
Jangan jadikan pelanggan mangsa
Menurutnya lagi, dia faham akan perkerja mungkin teraniaya akan apa yang berlaku namun jangan jadikan pelanggan sebagai mangsa keadaan.
Terima nasib yang sama
Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian warganet yang rata-rata bersimpati akan nasib pasangan itu serta meluahkan rasa bimbang akan keadaan barang mereka.
Bahkan, warganet juga turut berkongsi beberapa pengalaman yang hampir sama dan meluahkan rasa serik menggunakan perkhidmatan kurier tersebut.
Tinggalkan Komen