"Alhamdulillah, aku dah cerai..." - Zarina Anjoulie dan suami sudah berpisah?

Oleh: Zuzu Yasmine

Sangat mengejutkan apabila selebriti terkenal dengan lantang bersuara, Zarina Anjoulie Lavocah telah membuat posting di laman Instagram dengan memaklumkan bahawa kini dirinya sudah bercerai dengan suami.




Anju dah bercerai?

Dalam posting tersebut, Zarina Anjoulie memaklumkan bahawa hari ini merupakan hari paling bahagia dalam hidupnya apabila menyatakan bahawa Eliyas Azhar atau lebih mesra dengan panggilan Yas sudah berpisah.



Berdasarkan tinjauan di laman Instagram Anju, kali terkahir pasagan ini bergambar besama adalah sekitar pertengahan Disember tahun lalu ketika makan tengahari bersama rakan-rakannya.


Selebihnya, Anju lebih banyak memuat naik review produk serta anaknya tanpa suami di sisi.

Ruang komen ditutup

Buat masa ini, masih belum ada penjelasan daripada Anju malah ruangan komen juga ditutup membuatkan warganet mula berteka-teki.

Terdahulu, Anju dan Yas telah bernikah di Pejabat Agama Islam Negeri Sembilan sekitar Julai tahun 2020 selepas bergelar ibu tunggal selama empat tahun.

Diharapkan semuanya baik-baik sahaja buat pasangan ini.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen