Bukan hanya isteri sahaja boleh ambil asid folik, tapi suami pun digalakkan

Oleh: Zuzu Yasmine

Biasanya, orang perempuan adalah digalakan untuk mengambil asid folik ketika fasa awal kehamilan ataupun selepas mendirikan rumah tangga.



Jika asid folik tidak diambil oleh para ibu ketika awal kehamilan, ia akan memberi kesan kepada tumbesaran anak dalam kandung yang berkemungkinan akan mengalami kecacatan.



Namun begitu, asid folik ini bukan sahaja penting buat orang perempuan sahaja, akan tetapi berguna buat orang lelaki bagi membantu pembentukan sperma yang lebih baik.

Perkara tersebut dikongsi dan dijelaskan menerusi akaun TikTok yang dikenali sebagai Doktor Amir Aqram yang menyatakan bahawa orang lelaki juga tiada masalah untuk mengambil asid folik tersebut.



Menurutnya, ramai yang tidak tahu bahawa suplemen berkenaan juga boleh meningkatkan tahap kesuburan para suami.

Jelasnya, bagi orang perempuan fungsi asid folik ini adalah memastikan tumbesaran janin dalam perut berada dalam keadaan normal, akan tetapi bagi orang lelaki pula suplemen tersebut membantu penghasilan DNA ataupun kualiti sperma yang lebih baik.



Diharapkan perkara ini akan sedikit membantu buat pasangan yang sedang berusaha untuk mendapat zuriat sebagai penyeri rumah tangga.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen