"Peluang kedua diberikan tak akan disia-siakan..." - Azizan Osman

Oleh: Zuzu Yasmine

Pakar motivasi dan penceramah perniagaan, Datuk Azizan Osman telah menyatakan bahawa dirinya telah dijangkiti wabak Covid-19 dan kini sedang menerima rawatan di hospital.

Peluang hidup tipis

Perkara tersebut dikongsikan menerusi laman Facebook miliknya yang menyatakan bahawa dirinya hampir maut pada 15 Januari lalu apabila mengalami sesak nafas dan doktot turut memaklumkan bahawa peluang untuk hidup juga tipis.





Ibu mertua meninggal

Menurutnya, beliau dan seluruh keluarganya diuji apabila seramai 31 orang daripada mereka disahkan positif malah ibu mertuanya juga dikatakan meninggal berikutan terkena jangkitan wabak tersebut.

Jelasnya, beliau telah menjadi kontrak rapat kepada pesakit Covid-19 sekitar 7 Januari lalu.



Kata-kata ibu jadi semangat

Dr Azizan turut menyatakan bahawa dirinya telah give up malah hanya ingat mati saja ketika itu namun mampu bertahan kerana mak dan rakannya.



Sempat meminta maaf kepada ibunya kerana tidak pasti akan keadaan diri, bagaimanapun menerima kata semangat dari ibunya yang membuatnya bertahan hingga ke hari ini.

Katanya, peluang kedua diberikan kepadanya tidak akan disia-siakan, malah dia mahu terus berbakti kepada yang memerlukan.



Terima kasih

Dalam pada itu juga, Dr Azizan turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mendoakan kesejahteraan dirinya dan keluarga.

Dalam perkongsian itu juga, Dr Azizan turut menzahirkan penghargaan kepada petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus menyelamatkan nyawa orang ramai.

Beliau juga meluahkan rasa syukur kerana diberi peluang kedua untuk hidup walaupun bersedih dalam pemergian ibu mertua yang dijangkiti Covid-19.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen