Bersengkang mata sampai pukul 5 pagi, sebak 'assignment' hilang sekelip mata

Pahit manis melewati proses pembelajaran itu pasti akan dilalui oleh semua pelajar. Lebih-lebih lagi apabila melangkah kaki ke alam universiti. Lebih banyak tekanan dan cabaran yang akan dilalui, timbunan kerja-kerja lapangan yang perlu kita hadap dengan pelbagai gelagat pensyarah yang berbeza.

Perkara yang paling kebiasaannya terjadi dalam kalangan pelajar adalah apabila komputer riba yang selama ini dibawa kehulur kehilir bagi menyiapkan tugasan 'tak mengenang budi'. Ini bermaksud dia akan mengalami satu tahap bilamana komputer riba yang kita jaga bagai menatang minyak yang penuh itu tiba-tiba buat hal di saat kita benar-benar terdesak memerlukan khidmatnya.

Laptop buat hal

Begitulah yang terjadi kepada seorang gadis bernama Lisya Fouzi. Gara-gara kesuntukan masa untuk menghantar tugasan yang dihantar oleh pensyarah, dia terpaksa bersengkang mata untuk siapkan semuanya.

Namun nasib tidak menyebelahi gadis itu apabila komputer ribanya secara tiba-tiba gagal berfungsi dan terpadam. Lebih menyayat hati lagi apabila segala kerja yang telah dia hampir siapkan juga hilang begitu saja tanpa sempat dia 'save'.

Terpaksa ulang dari awal

Berikutan kejadian yang menimpa dirinya, dia jadi panik sekiranya tidak dapat menyiapkan tugasan tersebut tepat pada masanya kerana dia perlu ulang kesemuanya sekali. Tidak semena-mena air matanya mengalir dek mengenangkan nasibnya yang kurang baik itu.

Pengalaman mengajar kita lebih berhati-hati

Menerusi video yang dikongsikan oleh gadis tersebut di aplikasi TikTok, meninjau pula di ruangan komen dan rata-ratanya pernah alami benda yang sama. Rasa terkilan itu tuhan saja yang tahu lebih-lebih lagi apabila kerja yang dibuat hampir siap.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen