"Papa makan nasi tak ada lauk ke?" - Gelagat dua beranak undang sebak warganet

Oleh: Zuzu Yasmine

Kalau kasih ibu membawa ke syurga, tapi kasih ayah pula sepanjang masa. Begitulah kasih sayang dan pengorbanan ibu bapa yang akan dikenang sehingga ke penghujungnya.

Tular di laman Twitter akan gelagat seorang anak lelaki bersama ayahnya yang menyentuh hati warganet.



Video tersebut telah dimuat naik oleh salah seorang pengguna laman itu yang dikenali sebagai Nissa yang memaparkan akan gelagat bapa dan juga seorang kanak-kanak lelaki di sebuah rumah.

“Papa makan tak ada lauk?”

Menerusi rakaman video yang dikongsikan, kanak-kanak lelaki berkenaan merakam ketika bapanya sedang menjamu selera.

Mesra dengan panggilan adik, dia menyatakan dia sudah menjamu selera dengan lauk ikan keli dibeli bapanya, kini giliran dia pula ingin melihat apa yang bapanya makan.

Bagaimanapun, terkejut dan rasa tertanya-tanya, kanak-kanak lelaki itu melihat bapanya makan nasi tanpa sebarang lauk mengundang rasa sebak warganet.

“Papa makan nasi tak ada lauk? Mana lauknya?” soal adik.

“Ada, ada-ada...”

Lebih sebak lagi apabila bapanya terlihat berpura-pura dengan manyatakan ada lauk bersama nasi yang digaul tersebut.



Namun, tidak mahu berlanjutan akan persoalan tersebut, bapanya terus menukar pertanyaan dengan menanyakan adakah anaknya itu sedang merakam video sebelum melarikan diri.

Lembut je layan anak

Difahamkan, rakaman tersebut telah dipadam dalam akaun TikTok dua beranak ini berikutan ada sesetengah warganet menyatakan bahawa mereka inginkan perhatian dan simpati ramai.

Dalam video yang lain pula, terlihat juga gelagat bapanya yang sedang melayani anaknya dengan lembut ketika sibuk sedang menyapu rumah dengan berpakaian baju yang sudah koyak.



Perkongsian tersebut telah menyentuh hati ramai warganet yang rata-rata sebak melihat pengorbanan bapa, malah ada juga yang mengharapkan dua beranak ini akan terima bantuan secepat mungkin.



Di samping itu, warganet turut mencari tahu akan kedudukan dua beranak ini untuk menghulurkan bantuan semampu mereka.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen