Selamat bersalin anak sulung, Hetty Sarlene pilih nama Landon Alexander Oakes buat 'baby boy'

Oleh: Zuzu Yasmine

Akhirnya selepas empat tahun menantikan kehadiran cahaya mata, bekas peserta Gegar Vaganza, Hetty Sarlene telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki petang semalam.



Berita gembira tersebut dikongsikan menerusi Instagram milik penyanyi kelahiran Singapura dengan memaklumkan bahawa bayi lelakinya dilahirkan pada 3.25 petang di Thomson Medical Singapura dengan seberat 3.2 kg.



Penyanyi berusia 27 tahun itu juga turut mendedahkan nama anak sulungnya iaitu Landon Alexander Oakes dalam posting berkenaan.



Hetty juga berkongsi sedikit pengalaman melahirkan bayi comel berkenaan kerana terpaksa menahan kesakitan selama lebih 16 jam.



Bagaimanapun, itu semua berbaloi selepas kelahiran bayi lelaki itu yang sememangnya telah lama dinantikan oleh dia dan suami.

Terdahulu, penyanyi dan pelakon terkenal tersebut telah mendirikan rumah tangga dengan jejaka kelahiran Britain, Daniel Oake pada 2016 dan kini menetap di Singapura.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen