Kalut dengar isteri panggil balik, lelaki ini gelabah cari selipar bikin netizen terhibur

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang lelaki kalau dah jumpa kawan-kawan dia, memang tak jumpa jalan balik rumah. Lebih-lebih lagi kalau jumpa yang kawan zaman kecil memang lepak hingga lewat malam cerita dia.



Tapi biasalah bila jumpa kawan lama memang banyak benda nak dibualkannya, dah minum bergelas-gelas pun cerita tak habis lagi sampai ada yang lupa isteri dekat rumah yang bersendirian.

Cari selipar sampai tak jumpa

Lain pula dengan pasangan ini apabila si isteri datang menjemput suaminya pulang ke rumah semasa sedang lepak bersama rakan-rakannya.

Perkara tersebut dikongsikan di aplikasi TikTok, di mana seorang lelaki bernama Hanafi dikatakan sedang asyik bersembang dengan rakan-rakannya di hadapan rumah.




Bagaimanapun, tiba-tiba lelaki berkenaan sibuk mencari kasutnya selepas terdengar namanya dipanggil oleh si isteri.



Siap cekak pinggan isteri

Tidak hanya itu sahaja, si isteri juga siap datang di hadapan rumah berkenaan sambil mencekak pinggang.

Tanpa membuang masa, lelaki berkenaan segera memaki seliparnya sebelum bergegas pulang ke rumah yang hanya beberapa langkah dari tempat tersebut.

Bukan seperti yang disangkakan, si isteri rupanya sengaja melakukan perkara tersebut sebelum ketawa melihat gelagat suaminya itu.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai yang rata-rata terhibur dengan gelagat kedua pasangan itu, malah kaum lelaki juga turut menyatakan sehebat mana lelaki tetap akan kalah isteri.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen