“Ayah pergi mana?” – Persoal keberadaan ayah, anak sulung Shuk luah rasa rindu

Oleh: Zuzu Yasmine

Masih lagi menjadi tumpuan warganet akan kisah rumah tangga penyampai radio Hot fm, Shuk Sahar yang dikatakan berlaku curang terhadap isterinya.

Sebelum ini, pelawak dan pengacara tersebut telah tampil di media sosial dengan mengakui segala kesilapan yang telah dilakukan dan sedang berusaha menebus kembali kesalahan tersebut.



Menerusi video yang dimuat naik di Instagram milik Shuk itu memaparkan dia bertemu anak-anaknya yang masih kecil selepas mendiamkan diri setelah isterinya membongkar kecurangan yang dia lakukan.

Rindu ayah

Terbaru, seseorang yang rapat dengan Shuk yang dikenali Iskandar telah memuat naik video ketika bertemu anak sulung pelawak tersebut dan membawanya bersiar-siar.

Menerusi perbualan mereka, Nur Qurratu Ain, 5, menyatakan bahawa dirinya merindui ayahnya dan sempat bertanya ke mana ayahnya telah pergi.

Ayah cari Ain

Sebak bila mendapat soalan sebegitu dari anak kecil, Iskandar menyatakan bahawa bapanya pergi bekerja.

Namun, apabila dimaklumkan bahawa bapanya mencarinya, Ain bertanya kembali mengapa bapanya mencarinya.



Perkongsian tersebut telah membuat ramai sebak malah turut bersimpati akan nasib anak kecil yang masih tidak tahu apa-apa itu.

Video berkenaan juga turut dikongsikan oleh Shuk di Instastory tidak lama kemudian.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen