"Saya ambil gaji RM1,500..." - Nadiyah Shahab & suami lebih utamakan perkerja

Oleh: Zuzu Yasmine

Kalau sebelum ini Ben Ali menyatakan bahawa gaji diambil oleh mereka bukan dalam jumlah yang tinggi tetapi sekadar cukup untuk menampung perbelanjaan tetap.

Kali ini giliran isterinya pula Nadiyah Shahab pula mendedahkan usaha penat lelahnya bersama suaminya itu dalam membina jenama Absolut Chocolat yang kini mula mendapat tempat di hati orang ramai.



Memetik laporan Astro Gempak, pelakon dan usahawan Nadiyah Shahab turut mendedahkan bahawa dia hanya mengambil wang gaji bulanan sebanyak RM1,500 sebulan sahaja menerusi syarikat yang dibangunkan.



Menjawab soalan di Instagram

Menurut Nadiyah, gaji tersebut juga diambil selepas dua tahun mengusahakan perniagaan berkenaan bersama suami, Ben Ali.

“Selepas dua tahun baru saya ambil gaji RM1,500 sahaja. Staf kami ada yang saya gajikan RM5,000 ada yang Rm4,500.

“Runner kami pada satu tahap bawa balik rumah RM8,000 ke RM10,000 sebulan sebab banyak sangat penghantaran, tapi saya dan Ben hanya ambil RM1,500 untuk diri kami,” katanya.


Nadiyah juga turut menyatakan bahawa dua tahun permulaan bisnes, dia tidak mengambil langsung pendapat hasil perniagaan mereka malah menggunakan wang hasil kerjaya sebagai pelakon untuk menampung kos operasi perniagaannya.

“Kalau kalian nak tahu, untuk dua tahun pertama, Absolut Chocolat wujud, saya tak ambil langsung untuk diri saya. Tidak walau satu sen.

“Malah, saya tambah lagi untuk syarikat ada lah menggunakan pendapatan daripada penggambaraan, review dan lain-lain,” kongsinya Instagram story.

Tambahnya, tindakan itu dilakukan kerana memikirkan keutamaan para pekerjanya yang banyak berkorban membangunkan syarikat itu.

“Kita fikir, kita pandai cari pendapatan lain. Bari tahun ini, apabila auditor kata sebagai Pengarah (syarikat) kami tidak boleh dapat rendah daripada perkerja, baru kami ambil lebih sikit.

“Keutamaan kami ialah para perkerja yang berkerja siang dan malam untuk membangunkan Absolut,” ujarnya.

Terdahulu, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada November 2018 yang berlangsung di Singapura.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen