Kerap kali hantar mesej yang kurang sopan, Fadzil Zahari diganggu wanita misteri

Sejak kebelakangan ini banyak kes berkenaan 'orang ketiga' dalam rumah tangga terpampang di media sosial. Rata-ratanya mendapat hentaman dan kritikan yang teruk oleh para netizen kerana perbuatan seperti itu dianggap tidak elok kerana akhirnya akan meruntuhkan masjid yang terbina.

Namun begitu, kes ini bukan sahaja tertumpu kepada orang biasa bahkan juga dalam kalangan artis terutamnya dan sebagai seorang artis, Fadzil Zahari yang merupakan seorang pelakon dan suami kepada Yana Samsudin tidak terkecuali apabila terpalit isu berkenaan dirinya yang telah diganggu oleh seorang wanita misteri.

Walaupun kes ini baru sahaja dimuat naik di laman Instagram milinya baru-baru ini namun siapa sangka ia telah lama berlaku  sejak tahun lepas lagi.

Gigih mesej walaupun tak dibalas

Mengenangkan kes yang berlanjutan tidak berpenghujung itu akhirnya dia membuat keputusan untuk berkongsi kepada orang ramai berkenaan situasi yang dia sedang alami itu sejak 26 November yang lalu.

Menurut Fadzil lagi, dia sudah berulang kali memberitahu wanita berkenaan akan statusnya yang kini sudahpun bersuami dan mempunyai 3 orang anak namun dia tetap berdegil dan masih dengan perbuatannya yang kurang disenangi itu.

"Saya ada terima satu mesej, dia gigih juga walaupun dah beritahu kita ni laki orang. Nombor telefon saya memang letak di laman sosial sebab buat bisnes.Pertama kali dia mesej pada 26 November tahun lalu."

-Fadzil Zahari-

Bini tengah dalam pantang kot!

Menerusi video yang dikongsikan oleh pelakon berkenaan, dia juga turut memberitahu bahawa wanita tersebut mula menghantar mesej melalui aplikasi Telegram dan pada ketika itu isterinya, Yana Samsudin sedang berpantang anak kedua mereka.

Dia turut mengakui bahawa memang dia ada berkongsi nombor telefonnya di media sosial tetapi atas urusan kerja sahaja dan tidak sangka orang akan mengambil kesempatan dengan menghantar mesej-mesej yang tidak sepatutnya seperti itu.


Tindakan undang-undang akan dibuat jika berterusan

Bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku, dia turut berkongsikan kejadian yang menimpa dirinya itu dengan menunjukkan foto seksi kiriman wanita berkenaan kepada staff-nya memandangkan ketika itu adalah waktu bekerja.

Walau bagaimanapun, nombor itu telah disekat olehnya serta merta bagi mengelakkan berlakunya sesuatu yang lebih buruk nanti dan pelakon itu juga memberitahu bahawa laporan polis akan dibuat sekiranya gangguan seperti itu berulang lagi.

'Cari laki bujang, jangan ganggu rumah tangga orang'

Dalam pada itu, pelakon dan juga penerbit itu juga turut menitipkan pesanan buat mereka di luar sana supaya mencari kebahagiaan dengan usaha sendiri, bukan merampasnya dari orang lain.

"Saya nak berpesan, sondol lah laki bujang, bukan sondol laki orang. Saya pun tak faham perangai orang macam ni, dah tahu saya ni laki orang, sibuk nak try lagi."
-Fadzil Zahari-

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen