"Belum pernah saya lihat MV artis Melayu hingga tahap ni!"-Ustazah Asma' Harun luah rasa kecewa

Pelbagai spekulasi yang kita dengar rentetan daripada isu pandemik yang menyerang seantero dunia saban hari. Sebagai seorang manusia yang beriman, kita tahu hari kiamat itu pasti berlaku namun sejauh mana persediaan kita sebagai hamba allah ini bersedia untuk menghadapinya.

Susulan perkara itu, kelihatannya tiada banyak yang berubah. Kerosakan dan kemaksiatan di atas muka bumi ini masih berleluasa terjadi. Budaya barat terus menjadi panduan dan rujukan orang ramai di merata-rata sehingga hilang rasa malu.

'Belum pernah saya lihat video klip dihasilkan artis melayu hingga ke tahap ini'

Perkongsian itu telah dikongsikan oleh seorang ustazah yang bernama Ustazah Asma' Harun di status Facebook miliknya.

Menurutnya , dia terpanggil untuk menjawab satu pertanyaan berkenaan dengan klip muzik video penyanyi wanita berkenaan kerana ia dianggap kurang disenangi oleh segelintir pihak di luar sana.

Musibah Ummah

Tatkala kita masih dalam belenggu cengkaman pandemik yang semakin PARAH, muncul pula isu berkaitan dengan klip muzik video yang dianggap kurang sopan dan tidak senonoh.

Hal itu mula menjadi kebimbangan orang ramai kerana merasakan video tersebut mencabar kuasa Tuhan apabila menampilkan penyanyi dan penari iringan yang separuh bogel diikuti dengan rentak dan lenggok tarian yang menghairahkan seperti tarian lucah

"Sungguh dukacita ini bertambah, dalam situasi musibah pandemik dan pelbagai tanda akhir zaman dan kiamat semakin hampir, janganlah kalian menjadi sebahagian daripada penyubur fitnah akhir zaman."

-Ustazah Asma' Harun-

Memanfaatkan anugerah Tuhan ke arah kebaikan

Setiap insan di atas muka bumi ini mempunyai pelbagai kelebihan masing-masing namun kita sering leka dan menggunakan anugerah pinjaman Tuhan itu ke arah yang tanpa kita sedar ia dianggap maksiat.

Walaupun lagu tersebut berada di carta 10 terbaik di Youtube namun cara pembikinannya kelihatan 'gah' di mata manusia tapi bagaimana pula keberkatannya di sisi tuhan.

"Saya menuliskan ini dari hati yang kasih akan kamu dan rasa hormat pada suami kamu. Ingatlah bahawa kemahsyuran, kekayaan, kasih cinta, pengaruh, bakat dan kecantikan bukanlah satu anugerah apabila digunakan untuk maksiat, ia adalah musibah!"

-Ustazah Asma' Harun-

Tiada kenyataan pun yang melarang setiap orang dari kita untuk berkarya tetapi mungkin kita terlepas pandang akan hukum-hukum yang sudah sedia termaktub di dalam Al-Quran supaya kita tidak melampaui batas.

Tidak dapat dinafikan juga apabila kita mungkin terlalu terpengaruh dengan budaya barat yang kebanyakannya tidak mempunyai keterbatasan dalam segala tindakan.

Teguran tidak diendahkan

Di dalam kenyataan itu juga turut diberitahu bahawa teguran itu bukanlah kali pertama diterima oleh penyanyi tersebut di media sosial cuma dia tidak menendahkan sama sekali isu seperti itu sebaliknya membalas jawapan mereka dengan rasa yang tidak bersalah.

Jangan khuatir dengan rezeki Allah

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa segelintir dari kita terlalu bimbang sekiranya populariti akan hilang jika terlalu polos dalam industri seni ini sehingga mereka memilih untuk lari dari fitrah manusia yang sebenar.

Namun kita lupa bahawa rezeki kurniaan Allah yang maha kaya, adakah kita sudah lupa bahawa semuanya sudah ditetapkan oleh-Nya sejak dari alam rahim lagi? Rezeki, jodoh, ajal dan maut.

'Teguran yang baik dan sungguh lembut'

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen