PKP diramal bakal berakhir walaupun kes meningkat, rakyat perlu berdepan dengan pematuhan SOP lebih ketat pula

Tempoh pelaksanaan PKP 2.0 semakin berada di penghujungnya. Namun tiada sebarang perubahan yang berlaku berikutan kes baharu yang dicatat masih kekal berada di tahap yang membimbangkan dari hari ke hari.

Memperketatkan SOP

Pelbagai usaha yang sudah dilakukan oleh kerajaan bermula daripada pelaksanaan PKP, PKPB, PKPD sehinggalah ke PKPP namun sasaran masih belum dapat dicapai bagi mengurangkan kes baharu yang semakin meningkat itu.

Sebaliknya memberi kesan yang buruk pula kepada kegiatan ekonomi negara. Susulan perkara itu, Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin menyatakan adalah lebih baik jika memperketatkan Prosuder Operasi Standard (SOP) agar pandemik itu tidak menjadi lebih parah dan sekaligus matlamat untuk menurunkan angka kes semaksimum yang mungkin akan dapat dicapai.

"Orang jadi marah sekarang ini kerana walaupun PKP, tetapi SOP tidak tentu hala, seperti tiada PKP. Sebenarnya kalau tiada PKP tidak ada tetapi SOP dan pematuhannya adalah yang paling penting bagi melandaikan lengkung penularan."

-Datuk Dr Zainal Ariffin Omar-

Keputusan melanjutkan PKP masih dalam perbincangan

Umum sedia maklum bahawa PKP 2.0 akan berakir pada 4 Februari ini walau macam mana cara sekalipun. Menurut Dr Noor Hisham Abdullah, sekiranya ia dilanjutkan mungkin akan beri kesan negatif terhadap ekonomi negara.

Namun, kefahaman rakyat langsung berubah apabila Menteri Kanan(Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia hanyalah bayangan yang dibuat oleh Dr Noor Hisham.

Walau bagaimanapun, keputusan itu masih berada dalam perbincangan sama ada perlu melanjutkan pelaksanaan PKP lebih ketat atau kembali kepada PKPB(bersyarat), bergantung kepada keputusan mesyuarat bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Memperbaharui strategi bagi menghentikan penularan

Beliau berkata lagi dalam satu kenyataan agar kerajaan menunjukkan kepada rakyat segala strategi mereka untuk melawan Covid-19 sepertimana Presiden Amerika Syarikat Joe Biden yang telah mengeluarkan 200 muka surat strategi untuk memerangi Covid-19 pada hari pertama menjadi presiden.

Oleh itu, beliau menyarankan supaya kerajaan melaksanakan PKP bersasar dengan menutup negeri-negeri yang mencatatkan kes yang tinggi seperti di Kuala Lumpur, Selangor dan Johor.

Tambahnya lagi, sekiranya PKP ditamatkan dan diganti dengan kaedah lain sekalipun, angka positif diramal tidak akan turun untuk sekurang-kurangnya 10 hari hingga 14 hari berikutan tempoh pengeraman Covid-19.

"Kesedaran masyarakat sangat penting dalam mematuhi SOP yang ditetapkan dan ini adalah cabaran yang sangat besar. Kita perlu mengambil contoh masyarakat New Zealend dalam mematuhi SOP dan kita lihat kepada kejayaan mereka. Majoriti masyarakat faham akan peri pentingnya dalam mematuhi SOP tetapi ada juga sebahagian yang tidak, mereka inilah akan mendatangkan masalah."

-Datuk Dr Zainal Ariffin-

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen