Tak simpan hasrat kembali bersama, Keith Foo gembira bekas isteri jumpa pengganti

Oleh: Zuzu Yasmine

Walaupun sudah tidak menjadi suami isteri, pelakon Keith Foo masih lagi menjalinkan hubungan yang baik dengan bekas isterinya iaitu Kim Raymond malah lebih selesa menjadi kawan.

Tak simpan hasrat kembali bersama

Menerusi laporan mStar Online, pelakon tersebut mengakui tidak pernah menyimpan hasrat untuk kembali bersama bekas isteri meskipun mereka masih menjalinkan hubungan yang baik.

“Tak pernah timbul nak kembali kepadanya pun. Saya dan dia pun selesa dan lebih positif dengan hubungan selepas berpisah. Buat apa nak ubah sesuatu yang sudah gembira.

“Memang ada yang tanya kenapa perlu berpisah sedangkan masih boleh baik bersama. Persoalan itu bersifat subjektif. Perpisahan mungkin dianggap sebagai sesuatu yang negatif,” ujarnya.

Tetap jaga anak bersama

Menurut Keith, walaupun dia dan Kim bukan lagi pasangan namun tetap akan menjaga anak perempuan mereka iaitu Skylar Raymond Foo dengan baik.

“Tapi jika ia baik untuk keseluruhannya, maka itulah pilihan yang ada. Kalau bertahan dalam hubungan yang tak sihat pun ia akan beri kesan buruk kepada anak kami. Malah berpisah ini buat kami lebih positif.

“Kami sepakat nak jaga Skylar sebaik mungkin. Ibarat anak takkan rasa ibu bapanya sudah berpisah biarpun belum cukup besar untuk memahami semua yang berlaku. Anak pun tak sunyi dan tak rasa terpinggir,” kongsinya.


Boleh jaga anak

Keith juga meluahkan rasa gembira apabila mengetahui bekas isterinya itu sudah menemui pengganti baharu dalam hidupnya.

Pelakon berusia 38 tahun itu juga mendedahkan dia akan menjaga anak mereka sekiranya bekas isterinya ingin meluangkan masa bersama teman lelakinya.

“Saya pernah beritahu dia yang saya tumpang gembira dengan kehadiran pengganti dalam hidupnya. Saya harap yang terbaik untuk dia.

“Malah pada satu tahap kalau dia pergi berdating dan saya ada masa lapang, anak kami boleh saya tolong jaga. Cuma saya saja belum ada pengganti.

“Saya pun selesa dengan keadaan begini buat sementara waktu. Saya terbuka untuk bercinta cuma belum masanya. Anak pun sudah isi kekosongan hati saya,” katanya.

Terdahulu, Keith dan Kim telah mendirikan rumah tangga pada November 2015, dan memilih untuk berpisah secara baik pada Disember 2019 lalu.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen