Mula-mula dekat macam berani, gelagat budak lelaki dikejar kucing sampai tergolek bikin suspen

Ailurophobia merupakan nama saintifik bagi mereka di luar sana yang mempunyai ketakutan atau fobia dengan kucing.

Meskipun haiwan ini dianggap comel tapi ia tetap tidak menjadi kegemaran segelintir manusia tidak kiralah lelaki mahupun perempuan.

Kebiasaannya fobia atau ketakutan ini terjadi kerana memang ia semulajadi tidak suka dengan haiwan itu ataupun pernah mempunyai sejarah yang gelap sewaktu dengannya.

Berikut merupakan rakaman yang diambil oleh seorang ibu yang merakam momen anaknya yang suka mengganggu kucing peliharaan mereka.

Ingatkan pencinta haiwan

Rakaman itu benar-benar membuatkan penonton terhibur kerana di awalnya kelihatan seperti anak lelakinya seorang yang menyayangi kucing namun apa yang jadi adalah sebaliknya apabila kucing itu kembali menyergahnya dan terus mengejar kanak-kanak tersebut sehingga tidak cukup tanah dia berlari.

'I pernah kena macam ni!'

Ruangan komen terus dibanjiri dengan komen-komen yang mencuit hati, tak terlepas juga yang turut menceritakan pengalaman mereka yang turut pernah mengalami nasib yang sama.

'Tak tahu nak kesian ke nak gelak'

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen