Gadis 17 tahun berjaya beli Vellfire, hasil pendapatan di TikTok

Remaja masa kini terdedah dengan pelbagai aplikasi yang dianggap melalaikan oleh segelintir ibu bapa di luar sana.

Namun, seorang pelajar sekolah yang bakal menduduki peperiksaan SPM ini telah membuktikan bahawa tidak semua aplikasi tersebut mendorong kita ke arah yang merosakkan sebaliknya ia merupakan antara platform yang boleh mendorong kita ke arah perkara yang lebih baik dan siapa sangka ia menjadi punca utama untuk menjana pendapatan.

Rezeki 'terpijak'

Menurut gadis berusia 17 tahun yang lebih mesra disapa Nurin memberitahu bahawa aplikasi TikTok benar-benar mengubah kehidupannya dan juga keluarga.

Ini adalah kerana melalui aplikasi tersebut, dia banyak melakukan video 'paid review' dan siapa sangka hasil keuntungan yang diperoleh oleh Nurin, dia mampu membeli sebuah kereta Toyota Vellfire baru-baru ini.

Ceritanya lagi, dahulu dia hanyalah suka-suka mencuba dan tidak menyangka mendapat permintaan untuk buat video produk mereka sehingga pemilik bisnes itu sendiri tidak menang tangan kerana mendapat sambutan di luar jangkaan menerusi video yang dibuat oleh Nurin.

"Lepas percubaan pertama, pemilik bisnes tu kata dia tak menang tangan layan pelanggan. Bermula dari situ saya tekad untuk buat berterusan."
-Nurin-

Tak semua orang boleh terima

Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa segelintir individu dari kalangan kita amat suka memperlekehkan segala kepayahan yang kita lalui.

Namun perkara itu tidaklah sepatutnya dijadikan alasan untuk kita berputus asa dan Nurin juga telah membuktikan hal yang sama apabila ada segelintir individu yang melabelkan dia sebagai seorang yang suka 'membebel'.

Kenyataan akan perkara itu memang tidak dapat dinafikan lagi dan Nurin ada memperbetulkan sedikit tanggapan orang di luar sana dengan menyatakan bahawa video yang dikongsikan turut mempunyai elemen positif yang ingin dikongsikan, bukan bebel semata-mata.

"Walaupun saya selalu buat video membebel. saya selitkan dengan kata-kata positif. Guna ke arah yang betul."

-Nurin-

'Terima kasih yang sokong dan hina saya'

Mengenangkan keperitan hidup yang dilalui olehnya dahulu, gadis itu titipkan ucapan terima kasih kepada mereka yang perna menghinanya dahulu.

Hal ini adalah kerana mengingatkan dia kepada kejadian sewaktu di sekolah dahulu apabila kawan-kawan di sekolah mengejek dan menghina kereta yang dipandu oleh uminya yang dilihat seperti kereta yang sudah nazak.

"Saya nak cakap , yang mana kecam atau sokong saya..Terima kasih."

-Nurin-

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen