Ibu sanggup redah sejauh 15 kilometer ke dalam hutan demi Internet

Oleh: Zuzu Yasmine

Berharap anaknya akan mengubah masa depan keluarga, ibu berusia 36 tahun ini sanggup ke kawasan hutan kerana hanya di situ mempunyai liputan internet bagi membantu urusan pembelajaran anaknya.

"Saya mahu anak pandai dan tidak jadi seperti saya, kalau saya pegang sawit, saya mahu dia pegang pen dan bekerja di pejabat satu hari nanti," kata Marina Jita, ibu kepada pelajar Jasmizal Aflee Jaya, 13, yang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bekok.

Menerusi laporan Harian Metro, Marina bersama sekumpulan Orang Asli dari Kampung Orang Asli Kemidak dan Kampung Orang Asli Selai mengambil inisiatif menemani anak mereka mengikuti pelajaran dalam talian di kawasan hutan di Kampung Orang Asli Tamok.

Khemah turut sudah tersedia

Menurutnya, kampung mereka tiada liputan internet, jadi mereka terpaksa ke kawasan berkenaan untuk mendapatkan liputan internet, malah kawasan tersebut telah mempunyai khemah dibina sejak Mac tahun lalu untuk kegunaan pelajar mengikuti kelas Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR).



Meskipun sekolah dan institusi pengajian tinggi tidak beroperasi susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun pada masa sama mereka tetap bersemangat menimba ilmu.

Marina juga mahu anaknya mengikuti pembelajaran sepenuhnya dan tidak tercicir, malah sentiasa mengingatkan anaknya agar fokus pada pembelajaran.

"Ketika PKP, saya tidak mahu dia ketinggalan walaupun belajar secara PdPR. Paling penting anak saya kekal bersemangat demi mengubah masa depan kehidupan kami," katanya.

Seawal 6 pagi berangkat ke hutan

Jelas Marina, mereka mendapat sokongan ibu bapa dan masyarakat Orang Asli suku kaum Jakun untuk meneruskan kaedah PdPR di kawasan hutan terbabit walaupun ada dalam kalangan pelajar berkongsi peranti pintar seperti telefon bimbit dan komputer riba untuk belajar.

"Penduduk Orang Asli mengeluarkan modal sendiri membeli peralatan seperti walkie-talkie untuk berhubung selain kanvas untuk dijadikan khemah sementara bagi berlindung daripada panas dan hujan," katanya.

Tambahnya, seawal jam 6 pagi, pelajar terbabit sambil membawa peralatan pembelajaran termasuk buku akan berkumpul menaiki motosikal dan menempuh perjalanan sejauh 15 kilometer dengan ditemani ibu bapa menuju ke hutan terbabit bagi mengikuti kelas PdPR.



Katanya, lebih menambah semangat pelajar terbabit apabila mereka melihat ibu bapa menanti penuh sabar sambil membawa bekalan makanan sarapan pagi dan tengah hari untuk memastikan anak tidak kelaparan dan boleh fokus pada pembelajaran.

Berharap negara segera pulih

Tidak ketinggalan, pelajar UiTM Kampus Segamat, Zarina Ramli, 19, yang mengambil jurusan Diploma Perniagaan berharap keadaan negara yang dilanda pandemik Covid-19 segera pulih kerana tidak sabar untuk kembali belajar bersama rakan di kampus.

"Adakalanya saya ikuti sesi kelas malam bermula dari jam 8 hingga 10 malam sambil ditemani ibu dan penduduk kampung demi menjaga keselamatan," katanya.

Seramai 20 pelajar Orang Asli dari Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Dukung, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bekok, SMK Bekok dan seorang penuntut Universiti Teknologi Mara Kampus Segamat memulakan sesi pembelajaran 2021 di situ sejak bulan lalu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen