Sanggup rentas daerah nak jumpa teman lelaki, gadis hentak kaki rayu dilepaskan pihak berkuasa

Oleh: Zuzu Yasmine

Tular sejak semalam akan video sepasang kekasih yang dipercayai ditahan oleh anggota penguatkuasa ketika sedang bertugas.

Menurut sumber di laman Twitter, pasangan tersebut dipercayai telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang sedang dilaksanakan di negeri tersebut.

Rayu minta dilepaskan

Bagaimanapun, video tersebut mencuit hati warganet apabila melihat gelagat gadis berkenaan merayu kepada anggota penguatkuasa meminta dirinya dilepaskan tanpa mengenakan sebarang kompaun yang bernilai RM1000.



Apa yang lebih kelakar lagi apabila, gadis berkenaan sempat menangis sambil menghentak kaki memohon simpati penguatkuasa berkenaan.



Rentas daerah seorang diri

Difahamkan, pasangan berkenaan dipercayai telah merentas daerah dan berjumpa di Pantai Merdeka, Kedah. Gadis tersebut membawa motosikal secara berseorangan dari Kulim ke tempat berkenaan manakala teman lelakinya pula datang bersama rakannya.



Berdasarkan rakaman tersebut, gadis itu berulang kali memohon maaf serta meminta simpati agar dirinya dilepaskan, malah gadis berkenaan juga dikatakan tidak membawa kad pengenalan diri bersamanya.

“Minta maaf sangat-sangat, kami merayu. Takmau Pak Long, takmau Pak Long, takmau. Moto orang ni, takmau lah sorry lah kami balik betoi-betoi, kami balik. Takmau lah, takmau lah. Kami balik betoi Pak Long, kami mintak maaf, kami taktau. Tolonglah Pak Long, kami takmau ni,” rayu gadis berkenaan.

Teman lelaki diam seribu bahasa

Dalam keadaan itu, teman lelaki gadis berkenaan terlihat hanya diam malah hanya akan bersuara apabila ditanya oleh anggota penguatkuasa.



Bagaimanapun, tiada sebarang maklumat menyatakan bahawa pasangan berkenaan dikenakan kompaun mahupun tidak.



Sempat upload video

Pada masa yang sama, gadis berkenaan juga dikatakan sempat memuat naik satu video di aplikasi TikTok bersama teman lelakinya di lokasi kejadian.

Perkongsian tersebut telah menarik perhatian warganet yang rata-rata terhibur akan gelagat gadis berkenaan, namun ada juga yang bersimpati dengan nasib mereka.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen