Malu bila diajak potong kek bersama, nenek hanya mampu tersenyum bila atuk bagi ayat sentap

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang kata makin lama hidup sebagai pasangan suami isteri, makin romantis hubungan yang dibina, malah semakin sayang akan pasangan.



Seperti pasangan suami isteri ini, walaupun sudah berusia namun tetap ada sedikit keinginan untuk bermanja dengan pasangan mereka.

Ajak potong kek sama-sama

Menerusi video yang dikongsikan di aplikasi TikTok oleh Nur Aliffah telah memaparkan saat menyambut ulang tahun kelahiran datuknya yang 84 tahun.



Berdasarkan video tersebut, awalnya datuknya meminta neneknya duduk bersama-sama di kerusi bagi memotong kek, namun ditolak oleh nenek kerana malu.

Terus duduk sebelah suami

Bagaimanapun, tanpa disangka-sangka, datuknya meluahkan kata-kata yang agak mendalam dan sentap membuatkan nenek segera duduk di sebelah sambil diringi ketawa oleh ahli keluarga yang lain.

“Mai lah sekali, kita pun tak lama dah...”

Terlihat sangat romantis apabila warga emas tersebut menarik tangan isterinya agar memotong kek bersama-sama sekaligus membuat suasana menjadi riuh.

Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur akan gelagat pasangan berusia ini dan memuji kemesraan mereka. Malah, warganet turut mendoakan kesejahteraan pasangan ini.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen