Terpaksa hentikan misi bantuan di Semporna, Ebit Lew luahkan rasa terkilan

Oleh: Zuzu Yasmine

Sudah beberapa hari Ustaz Ebit Lew berada di Sabah bagi membantu mereka yang memerlukan di berberapa kawasan di negeri tersebut.



Bukan sahaja mengedarkan beberapa bantuan yang diperlukan, Ustaz Ebit Lew juga turut berjaya mengislamkan 490 orang penduduk Bajau Laut yang dipercayai tiada agama sebelum ini.

Boleh dikenakan tindakan

Bagaimanapun, sebentar tadi Ustaz Ebit Lew menyatakan bahawa beliau terpaksa menghentikan misi kemanusiaan di Semporna kerana terdapat beberapa halangan yang membawa kepada hukuman sebanyak RM100,000 dan tiga tahun penjara jika melanggarnya.

Menerusi perkongsian tersebut juga, Ebit Lew memohon maaf kerana terpaksa menangguhkan dahulu pembinaan sekolah dan tempat kemasyarakatan yang telah dirancang seperti sebelum ini disebabkan faktor-faktor tertentu.



Meminta maaf

Pada masa yang sama, beliau turut memohon maaf kepada penduduk yang telah diIslamkan kerana tidak mampu meneruskan misi bantuan di kawasan tersebut lagi.



Berikutan itu, beliau telah membuat keputusan untuk terus ke Tawau bagi menghulurkan bantuan seperti yang telah dia janjikan.



Terima kasih pada yang membantu

Dalam kesempatan itu juga, Ebit Lew mengucapkan terima kasih kepada mereka yang membantu dan memudahkan urusannya di Semporna serta menyerahkan segalanya kepada Allah S.W.T.

Disamping itu, beliau turut berharap akan bertemu kembali dengan masyarakat di Semporna suatu hari nanti.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen