Gara-gara enggan beri wang, kakak lumpuh separuh badan dipukul adik

Seiiring kemajuan yang semakin kita kecapi, terdapat masalah nilai moral yang semakin merundum dalam kalangan masyarakat masa kini.

Hilang segala nilai murni dalam diri masyarakat sehingga kes-kes jenayah seperti penderaan, rompakan dan sumbang mahram terus berlaku secara berleluasa.

Kerana duit, badan binasa

Kejadian yang berlaku di Sibu ini adalah berpunca daripada seorang adik yang berang terhadap kakaknya kerana enggan memberinya wang menyebabkan si adik bertindak memukul kakaknya menggunakan batang penyapu sehingga menyebabkan dia lumpuh.

Hasil laporan mendapati bahawa kejadian itu berlaku pada 22 Januari lalu sekitar jam 3 petang di kediaman mereka di Jalan Sungai Antu. Mangka yang berusia 49 tahun mengalami kecederaan di tulang belakang hingga menyebabkan saraf tunjangnya tertekan kuat lalu menyebabkan mangsa lumpuh dari paras dada hingga kaki.

Laporan terpaksa dibuat

Menurut Ketua Polis Daerah Sibu iaitu Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit, laporan itu baru sahaja dibuat oleh keluarga mangsa kerana pada awalnya mereka tidak mahu melibatkan pihak polis bagi mengelakkan berlaku masalah lain namun mangsa terus menerus menggesa ahli keluarga untuk membuat laporan kejadian tersebut.

"Suspek berang dan mengambil batang penyapu lalu memukul mangsa. Lelaki itu kemudiannya merampas batang penyapu dan terus memukul mangsa di kepala, badan dan belakang beberapa kali sehingga menyebabkan mangsa jatuh terlentang di atas lantai ruang tamu di tingkat atas kediaman."

-Ketua Polis Daerah Sibu-

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen