'Kecaman sudah sinonim dengan diri saya', Neelofa tetap tenang hadap kecaman dan tohmahan warganet

Seorang pelakon dan pengacara ini bukan sahaja dikenali di Malaysia bahkan juga di luar negara dek kerana personaliti dan bakatnya yang memang tidak dapat disangkal lagi.

Namun, dia juga mengakui bahawa apabila berkecimpung di dalam industri seni memang dirinya tidak akan terlepas daripada kontroversi.

 

Kalis kecaman

Noor Neelofa Mohd Noor atau lebih dikenali dengan nama Neelofa menganggap dirinya kalis kecaman termasuklah yang dilemparkan terhadap keluarganya.

"Kecaman sudah sinonim dengan diri saya. Selama 10 tahun saya berdepan dengan pelbagai tohmahan namun tidak memberikan kesan kepada saya."
-Neelofa-

Sebelum ini, dia pernah dilabel sebagai 'Kardashian Kelantan' kerana menggayakan niqab dengan menampakkan dahi namun perkara itu tidak sedikit pun menjejaskan keyakinannya untuk terus berpurdah sejak Oktober tahun lalu.

Keluarga pun dah terbiasa

Tambahnya lagi, kecaman dan tohmahan itu bukan sahaja melibatkan dirinya seorang malahan juga ahli keluarganya yang lain.

Perkara seperti itu tidak sewajarnya terjadi namun apakan daya, pelakon dan pengacara itu hanya mampu beri pendapat bagaimana ingin berdepan dengan sebarang tohmahan.

Keputusan berniqab dipersoalkan

Walaupun begitu, dia juga masih terpalit dengan ura-ura mengatakan perubahannya berniqab adalah kerana ada kaitan dengan tunangnya, PU Riz yang merupakan seorang pendakwah bebas.

Tidak cukup dengan itu dia juga menerima komen mengenai caranya memakai niqab apabila dikatakan semakin berani mendedahkan bahagian dahi dengan memakai tudung jenis bawal.

Siapa saja tidak mengenali Neelofa, walaupun menerima pelbagai kontroversi dalam hidupnya dia masih tenang menghadapinya. Tegasnya lagi dia akan mengenakan sebarang pakaian adalah mengikut kehendak dia bukan para netizen.

"Saya akan pakai apa yang saya rasa selesa. Jika hari ini saya rasa hendak berniqab saya akan pakai. Kalau esknya saya hendak berpurdah, itu hak saya. Saya tidak terkesan atau perlu mengikut kehendak netizen."
-Neelofa-

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen