"Tiada lagi pengantin PKP, orang awam dibenarkan buat laporan polis jika nampak majlis kahwin dilakukan." -Menteri Keselamatan

Jika sebelum ini kerajaan telah beri kelonggaran kepada pasangan pengantin untuk mengadakan majlis kahwin secara bersyarat tetapi kini tidak lagi.

 

Majlis perkahwinan kini dilarang sepenuhnya

Segala perasaan pasti bercampur baur mengenangkan nasib dan segala perancangan yang sudah dibuat sejak sekian lama tetapi apakan daya Kementerian Keselamatan iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menegaskan dalam kenyataannya bahawa orang awam dibenarkan untuk memberitahu polis jika terlihat sebarang majlis melibatkan orang ramai dilakukan.

"Kalau dilihat perkara yang berlaku melibatkan pelanggaran SOP, saya berharap rakyat membantu kerajaan dengan melaporkan kepada pihak berkuasa."

-Datuk Seri Ismail Sabri-

Berhati-hati berkongsi maklumat

Selain itu, beliau juga turut menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati dengan sebarang perkongsian video atau gambar-gambar majlis yang dilakukan di media sosial.

Tambahnya lagi jika perkara tersebut betul-betul berlaku, ia boleh membantu pihak polis untuk mengambil tindakan selepas ini.

"Oleh itu, individu dalam kalangan rakyat yang tahu berlakunya pelanggaran mana-mana, mereka boleh melaporkan kepada pihak berkuasa."

-Datuk Seri Ismail Sabri-

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen