Bagi bantu staf terjejas, pengusaha hotel berniaga makanan tepi jalan

Oleh: Zuzu Yasmine

Masih tidak nampak bayang bila wabak Covid-19 akan berakhir, sedangkan pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi membendung wabak ini.



Pastinya ramai yang terjejas teruk berikutan pandemik ini, ada yang kehilangan perkerjaan, keluarga tersayang mahupun masalah kesihatan.



Baru-baru ini, video seorang Pengurus Hotel Red Rock, Jeffery Lim tular di media sosial berikutan usahanya menjual makanan di luar bangunan hotelnya.



Menurut beliau, pihaknya terpaksa mencari sumber pendapatan lain berikutan tiada tempahan pengunjung ke hotel berkenaan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).



Difahamkan, petugas hotel itu mula menjual menu yang dimasak oleh chef hotel berkenaan bagi membantu staf mereka yang terdesak berikutan PKP.

Antara menu yang dijual ialah bihun tomyam, nasi goreng dan nasi ayam malah, kesemuanya dijual dengan hanya RM3 sahaja.



Tambahnya, pihaknya telah mengambil langkah ini sejak beberapa hari lalu.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen