Sahut cabaran cari teman lelaki, gadis tak sangka lamaran diterima buat 'single' tersenyum

Oleh: Zuzu Yasmine

Bukan mudah seorang perempuan mempunyai keberanian untuk meluahkan perasaannya. Biasanya perempuan lebih mengharapkan lelaki memulakan sesuatu perkara atau tindakan.



Namun, berlainan pula dengan gadis ini yang boleh dikatakan mengambil langkah berani untuk meluahkan perasaannya terlebih dahulu.

“1000 likes cari boyfriend”

Tindakan berani tersebut telah dikongsikan di aplikasi Tik Tok menerusi akuan @faa4sh yang memaparkan moment ketika dia melamar seorang lelaki menjadi kekasih hatinya.



Menerusi video berkenaan, gadis tersebut dikatakan membuat ‘challenge’ yang mana jika dia mendapat 1000 likes dari komennya maka dia akan mencari teman lelaki.



Berani mulakan langkah

Tidak sangka berjaya mencapai ‘target’ yang ditetapkan, gadis berkenaan dengan berani membuat panggilan telefon seorang lelaki.



Dengan keadaan ‘nervous’ gadis berkenaan memulakan langkah dengan pertanyaan biasa, bagaimanapun mendapat respon endah tak endah dari lelaki berkenaan.

Namun, gadis berkenaan tidak berputus asa malah memberikan sebuah pantun yang mengajak lelaki berkenaan menjadi kekasihnya.



Suka sama suka rupanya

Tanpa disangka-sangka, lelaki berkenaan terima lamaran tersebut malah menyatakan bahawa dirinya juga memiliki perasaan yang sama seperti gadis tersebut.

Terkejut akan perkara itu, gadis tersebut terus menyatakan bahawa sekarang ini mereka telah menjadi pasangan kekasih dan diakhir perbualan lelaki berkenaan sempat mengucapkan selamat tinggal dengan panggilan manja.

“Senyum sorang-sorang pulak”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyatakan bahawa mereka turut tersenyum malu ketika melihat video tersebut, malah ada juga yang ingin mencuba nasib seperti ini dengan melakukan ‘challenge’ yang sama.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen