Walau di tengah pandemik, Aeril Zafrel tawar kerja kosong kepada orang ramai

Pelakon Aeril Zafrel semakin bergiat aktif dalam perniagaan bersama dengan isterinya, Wawa Zainal. Selepas berjaya membuka wisma produk WAWA, Aeril kini berjinak-jinak lagi dalam perniagaan makanan ringan.

Kekuatan dan semangatnya dalam bidang perniagaan ini telah membuatkan dia ingin membuka wasmi untuk produk terbarunya iaitu 'Rielkies' yang merupakan produk berasaskan makanan ringan.

Niat nak bantu orang

Susulan masalah pandemik Covid-19 sejak tahun lalu, dapat kita lihat bahawa ribuan pekerja di Malaysia hilang pekerjaan, kilang-kilang dan syarikat juga ada sebahagiannya 'gulung tikar' gara-gara tidak dapat membayar gaji pekerja mereka.

Justeru itu, dia mengambil kesempatan tersebut untuk menawarkan peluang pekerjaan kepada mereka yang kehilangan sumber pendapatan.

Tambah Aeril lagi kini peniaga yang mahu memasarkan produk itu sudah mencecah 2,000 peniaga sedangkan pada awalnya dia hanya tawarkan kepada 1,000 peniaga sahaja meskipun produk itu belum lagi dilancarkan.

"Kebanyakan yang mengahantar mesej peribadi (DM) adalah mereka yang diberhentikan kerja, ingin bantu suami dan gaji dipotong."

-Aeril Zafrel-

Yakin boleh pergi jauh

Di samping itu, dapat kita lihat meskipun perniagaan itu masih belum beroperasi tetapi Aeril sudahpun membuka sebuah wisma untuk produk berkenaan.

Hal itu adalah kerana dia yakin bahawa produk terbaru ini berpotensi untuk pergi jauh.

Dia juga turut memohon doa dari orang ramai supaya dia dapat menjadi sebaik-baik manusia yang boleh beri manfaat kepada orang ramai.

"Doakan saya menjadi sebaik-baik manusia dan menjadi sebaik-baik ketua, In shaa allah jika orang tanya kenapa terus ambil wisma untuk perniagaan baru ini, sebab saya yakin perniagaan baru saya ini memang boleh pergi jauh."
-Aeril Zafrel-

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen