Akui debaran menjelang hari bahagia, Intan Ladyana bakal tamatkan zaman bujang Jumaat ini

Hubungan antara Intan Ladyana dan Harris Alif kini bukanlah lagi satu rahsia. Pernah sebelum ini hubungan mereka diragui dan menjadi bualan para netizen dek kerana pelakon wanita itu memilih lelaki yang mempunyai perbezaan umur yang jauh dengannya sebagai pasangan.

Namun isu itu tidak sedikit pun mengubah keputusan Intan dan akhirnya hubungan mereka berterusan sehinggalah mereka hubungan mereka diikat dengan pertunangan dan seterusnya sedang bersiap sedia untuk mendirikan rumah tangga.

Debaran dirasai menunggu hari bahagia

Pelakon drama Bougainvillea itu mengakui bahawa dia berdebar untuk disatukan sebagai suami isteri bersama pasangannya, Harris Alif pada Jumaat ini sewaktu ditemu bual oleh media tentang perkara tersebut.

Tambahnya lagi, majlis pernikahan mereka bakal berlangsung di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Kuala Lumpur dengan kehadiran ahli keluarga terdekat sahaja.

Persiapan majlis dah siap

Dalam kesibukannya sebagai seorang artis dan baru-baru ini dia telah dilantik sebagai duta kepada satu produk, dia masih sempat membuat persiapan majlis perkahwinannya.

Ujarnya lagi, dia rasa bersyukur kerana kebanyakan persiapan sudahpun siap meskipun mengalami sedikit kesukaran iaitu sukar untuk memilih tarikh majlis susulan kes Covid-19 yang makin meningkat setiap hari.

'Semoga majlis berjalan lancar'

Di samping itu, dia juga berharap segala persiapan awal yang telah dilakukan ini dapat melancarkan lagi majlis pernikahan mereka nanti.

"Harapnya tiada sebarang perubahan saat akhir dan semoga ia berjalan dengan lancar."

-Intan Ladyana-

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen