Tak tahan dikecam, pemandu bergelar 'Dr.' akhirnya tampil mohon maaf

Baru-baru ini telah tular rakaman seorang pemandu wanita yang didakwa merupakan seorang profesor di sebuah Universiti Awam melontarkan kata-kata yang kurang enak didengar kepada salah seorang pengguna jalan raya.

Video tersebut telah tular di media sosial sehingga mendapat pelbagai kritikan daripada netizen. Lantaran itu, pihak Universiti Putra Malaysia juga ada mengeluarkan kenyataan berhubung isu viral itu. 

"Jika saya salah, saya minta maaf!"

Selepas tindakan wanita itu dikecam teruk, pemandu wanita itu yang dikenali sebagai Dr. Bahariah Khalid telah tampil memohon maaf kepada orang ramai menerusi akaun Instagram miliknya.

"Jika saya salah saya minta maaf, jika saya betul maafkan saya."

Permohonan maaf yang dimuat naik oleh pemandu wanita tersebut telah mendapat maklum balas dan perhatian daripada orang ramai. 

Sebelum ini, video yang dikongsikan oleh pengguna Twitter yang dikenali sebagai Fadzmin itu telah mendapat perhatian orang ramai apabila melihat tindakan pemandu wanita berkenaan yang berang apabila bertembung dengan kenderaannya, sehingga mengeluarkan kata-kata kesat. 

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen