Walau jalani kuarantin, guru tetap gigih jalankan kelas online demi pelajar

Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada bulan Mac tahun lalu, kita telah diperkenalkan dengan Prosedur Operasi Standard(SOP) serta mengamalkan gaya hidup dalam norma baharu.

Segala aktiviti harian berubah sekelip mata, tiada lagi aktiviti keramaian dibenarkan, sentiasa pakai pelitup muka dan yang paling ketara sekali adalah proses pembelajaran adalah dilakukan secara maya(online).

Memang tidak dapat dinafikan itu adalah satu cabaran buat ibu bapa, anak-anak serta guru yang perlu sentiasa memastikan rangkaian internet lancar dan sebagainya.

Sakit bukan alasan

Walau apapun yang sedang melanda negara saat ini, sesi pembelajaran masih perlu diteruskan meskipun tanpa bersua muka.

Hal ini adalah supaya murid-murid tidak ketinggalan dengan skema pembelajaran.

Begitulah yang dapat kita lihat melalui video yang dikongsikan di laman Instagram Hot Fm berkenaan dengan pengorbanan seorang guru yang sanggup mengajar anak muridnya meskipun pada ketika itu dia sedang menjalani tempoh kuarantin.

Pengalaman 10 hari jalani kuarantin

Di samping itu, Cikgu Naimmi turut berkongsikan pengalaman beliau sepanjang menjalani tempoh rawatan Covid-19 selama 10 hari di Kompleks Sukan Keningau, Sabah.

Semangatnya tak pernah rapuh untuk terus menyampaikan ilmu kepada anak didiknya meskipun dalam keadaan dia sedang dikuarantin.

Kegigihan seorang guru, tak pernah lupa anak murid

Meskipun begitu, warganet juga tidak ketinggalan menitipkan ucapan semangat dan mendoakan kesejahteraan beliau. Rata-rata mereka turut memuji akan kesungguhan Cikgu Naimmi.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen