Masih gigih berkerja walaupun dah lanjut usia, pakcik sebak terima sumbang tadah tangan berdoa

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebak apabila melihat warga emas masih lagi berusaha mencari rezeki demi meneruskan hidup dan menyara keluarga tercinta.



Walaupun terlihat seperti sudah biasa, namun tentunya perkara tersebut menimbulkan sebak ramai apabila mengenangkan usia warga emas tersebut yang mungkin hampir sama seperti usia atuk mahupun bapa.

Warga emas masih gigih berkerja

Menerusi perkongsian seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Aida Aidil, dia memuat naik beberapa video rakaman akan seorang pakcik yang berniaga air kepala di pinggir jalan.


Pakcik yang berusia 80 tahun tersebut dikatakan meniaga air kepala di kawasan Bandar Puteri, Klang. Tempatnya agak tersorok sikit tetapi berdekatan dengan laluan yang orang ramai selalu guna. Jalan ini antara laluan untuk orang naik dan turun dari KESAS. Bagi yang tinggal di kawasan Johan Setia mungkin mereka lebih familiar.

Isteri jaga cucu, pakcik kerja

Aida juga menyatakan bahawa isteri pakcik ini menjaga cucu-cucu di rumah, manakala dia terpaksa berkerja kerana perlu membayar utiliti harian.

 

Bukan riak sekadar ingatan bersama

Menurut Aida, dia berkongsi bukan kerana ingin menunjuk ataupun riak, namun lebih kepada memberi peringatan kepada mereka yang lebih muda dalam menghargai ibu bapa masing-masing.

Jelasnya, ketika melihat lelaki berusia tersebut mengingatkan kepada tokki yang dikatakan hampir sebaya dengan pakcik ini.

Berdasarkan video tersebut, Aida juga turut menghulurkan sedikit wang disumbangkan orang ramai bagi membantu warga emas berkenaan malah warga emas berkenaan terlihat sebak dan meluahkan rasa syukur.



Aida juga turut menjelaskan bahawa niatnya bukan mengaibkan mana-mana pihak, namun ingin lepas fokus meringankan beban pakcik berkenaan.



Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai yang rata-rata sebak malah turut mendoakan kesejahteraan pakcik tersebut.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen